RSS

M&M





M&M: Ma’ruf & Munkar

Menyeru kepada Ma’ruf dan mencegah dari Munkar

Maksud ayat di atas:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf (kebaikan), dan mencegah dari yang munkar (keburukan), dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli-Kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah ali-‘Imran ayat 110


Allah s.w.t. memuji umat Nabi Muhammad Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam, umat akhir zaman ini dengan ungkapan ‘kamu adalah umat yang terbaik’.

Pujian ini adalah kerana sifat yang dimilik umat ini iaitu ‘menyeru kepada kebaikan, dan mencegah dari keburukan’.

Setiap kita mesti ada tertanya-tanya soalan ini:


“Layak kah aku ni nak ajak orang kepada kebaikan?”

“Aku ni sendiri masih buat jahat..”


Jawapannya:

“Ya, kamu layak!”

kenapa?

“kerana kamu adalah manusia yang lemah.”

maksud?

“Allah tahu kita hambaNya lemah dengan tarikan hawa nafsu,

dari itu..

Dia memerintahkan kita agar

menyeru kepada kebaikan

dan

mencegah dari keburukan.”

bagaimana?

“Orang yang nak menyeru, pasti akan datang dahulu kepada apa yang diserunya.

Ada DUA perkara yang ‘push’ kita

1- Ini perintah Allah

2- Aku suruh orang, aku pun kena buat juga

Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam, Abu Bakar ash-Shiddiq, Umar al-Faaruuq, ‘Uthman bin ‘Affaan, ‘Ali bin Abi Talib, para sahabat dan seterusnya generasi-generasi selepas mereka tergolong dalam kurun yang terbaik.

kerana apa?

“kerana IMAN di dada”

Bagaimana mereka mendapat iman?

“dengan menyeru kepada kebaikan,

dan mencegah dari keburukan

dengan berhikmah.”


Sekiranya kita tergerak untuk bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik kita kenalah lakukan apa yang terbaik buat diri kita di dunia & akhirat.Umur kita semakin hari semakin hampir dengan kematian. Namun, jangan bersedih kerana Allah ada bersama mereka yang beriman.


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: