RSS

About

 

“Saya tidak ada banyak pengalaman hidup, tetapi saya suka belajar daripada pengalaman hidup orang lain.”

 

Untuk apa hidup ini?

Mengapa manusia diciptakan di atas muka bumi ini?

Ar-Rahman berfirman dalam surah adz-Dzaariyaat, ayat 56..iaitu untuk menyembah, beribadah hanya kepadaNya.

Masa kita di dunia ini teramatlah singkat. Usia yang dihadiahkan terbatas.

Dari itu, saksikanlah antara episod kehidupan saya ini yang dikongsikan dalam blog serba ringkas ini.

Boleh jadi ada manfaatnya bagi sesetengah orang..mungkin juga tidak. Namun pun begitu, saya tetap akan berasa puas kerana dapat berkongsi. Kerna, disitulah terletaknya erti sebuah kehidupan. Dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Ya Tuhanku, Engkaulah hala tujuku. Dan redhaMu jua harapanku.”

________________________________


Sedikit tentang penulis

Nama diberi oleh kedua orang tua saya, Sheikh Umar Bin Abdul Aziz.

Kunniyyah? Abu Raiyan

ianya bersempenakan nama salah sebuah pintu Syurga iaitu ar-Raiyan.

Merupakan seorang mahasiswa tahun akhir di Fakulti Da’wah & Usuluddin;

Universiti Islam al-Madinah al-Munawwarah.


Pintu ar-Raiyan

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiallaahu ‘anhu, dari Nabi Shollallaahu ‘alaihi wa Sallaam telah bersabda:

“Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat sebuah pintu yang disebut ar-Raiyan. Hanya orang yang berpuasa (diberi izin) masuk ke dalamnya pada hari Qiyaamah, tidak ada selain mereka yang masuk sesudahnya. Mereka dipanggil “dimanakah mereka yang berpuasa?” mereka kemudiannya bangun (menyahut). Maka apabila orang yang terakhir (dari kalangan orang berpuasa itu) masuk ke dalamnya akan ditutup rapat, dan tiada sesiapa yang dapat masuk setelah itu.”

-Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim, lafaznya menurut periwayatan Imam Muslim.


Hasrat

-Istiqamah dalam memperbaiki diri.


 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: