RSS

Surat buat Madinah

04 Mar


بسم الله الرحمن الرحيم



Kepada,

Madinah yang sentiasa dekat di hati..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Semoga surat ini sampai kepada mu dalam keadaan kau aman dan damai, dan semoga Allah ‘azza wa jalla memelihara mu hingga ke akhir waktu.

Ini merupakan surat pertama ku buat mu, walaupun kita sudah lama bersama. Tujuan aku menulis ini adalah untuk memberitahu bahawa aku akan pergi meninggalkan mu buat seketika. Bezanya, kali ini tidak seperti cuti musim panas yang beberapa kali sebelum ini.. Aku kini sudah tamat pengajian di Universiti Islam yang bertapak di atas mu. Aku sudah tidak ada urusan lagi untuk berpatah semula kembali kepada mu. Well, at least for now..

Aku perlu menjalankan semula tanggungjawab ku sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa ku yang kian lama berjauhan. Selama aku di sisi mu bukan bererti tanggungjawab ku terhenti terhadap keduanya, namun yang aku maksudkan adalah berada di pangkuan mereka dan berlaku ihsan terhadap mereka secara dekat.

Dan juga tanggungjawab ku sebagai seorang abang sulung kepada adik-adik ku, dan terhadap saudara-mara ku amnya. Aku yakin, kau pasti mengerti..

Ketahuilah, aku juga kini perlu menjalankan tanggungjawab amanah ilmu yang dipinjamkan Tuhan ku.

Amanah ilmu yang diletakkan di bahu ini bukanlah amanah yang mudah. Setiap orang yang menerima amanah ini akan melalui pelbagai bentuk ujian. Begitulah hakikatnya. Mewarisi warisan para Nabi dan Rasul ini perlu juga siap menanggung beban ujian yang dilalui mereka ‘Alaihimus Sholaatu wasSalaam. Namun, sudah siapkah diri yang lemah ini Madinah?

Aku akan menjaga hubungan ku dengan Tuhan ku, TUHAN kau dan aku. Bahkan, aku wajib memperbaiki hubungan ini dari masa ke semasa. Dia lah sumber kekuatan ku, dan aku berharap Dia juga sumber kekuatan kau.

Berdebar hati ini untuk kembali ke tanah air ku. Tidak perlu kau mencemburui bumi Singa, kerana hati ku ini lebih terpaut kepada mu Madinah. Mana tidaknya, kau merupakan bumi yang paling dicintai Nabi ku ‘Alaihis Sholaatu wasSalaam.

Setiap kali aku pulang menuju kau dari bumi berhampiran mu, seperti Mekkah, Toif, Riyadh, Yanbu’, Jeddah, aku pasti akan cuba bergerak sepantas yang boleh agar segera kembali di sisi mu. Demikian juga lah apa yang dilakukan Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam tatkala beliau berpergian jauh dari mu. Baginda akan memacu binatang tunggangannya agar cepat sampai pada mu.

Itu antara bukti cinta ku.. dan kau perlu tahu itu Madinah.

Masih segar lagi dalam ingatan ini hari pertama kita dipertemukan Allah ‘azza wa jalla. Kau sambut kehadiran ku bersama teman-teman seperjuangan ku dengan huluran bayu hangat. Tarikh 4 Ramadhan 1428H akan sentiasa kekal dalam ingatan, dengan izin Tuhan ku.

Madinah, aku serahkan engkau di dalam jagaan Allah ‘azza wa jalla, yang mana Dia tidak akan membiarkan semua yang dalam jagaanNya terdedah pada kemudharatan.

Semoga Allah ‘azza wa jalla jadikan engkau bumi yang selamat, aman dan damai bagi penduduknya, dan memelihara semua teman-teman seperjuangan, serta semua penuntut ilmu dari Singapura khususnya dan yang lain amnya. Aku berdoa juga agar dapat kembali bersama mu suatu hari nanti.

Wassalaam.


Yang sentiasa berhajat pada keredhaan Tuhannya,

Sheikh Umar Bin Abdul Aziz


Rabu, 27 Februari 2013 @ 2.57pm

Wehdah 15, tingkat 1, bilik 124, katil 1

Jami’ah Islamiyah, Madinah al-Munawwarah.

 
3 Comments

Posted by on 4 March 2013 in Madinah

 

Tags: ,

3 responses to “Surat buat Madinah

  1. liys

    13 March 2013 at 5:23 pm

    :’)

     
  2. MP

    26 September 2013 at 11:30 am

    MasyaALLAH..begitu terkesan membaca surat ini..saya dapat membayangkan perasaan saudara..sama halnya seperti saya..cuma saya hanya berada di dalam negara sendiri tetapi di negeri yg berlainan untuk menuntut ilmu..Betapa saya kagumi bumi menuntut ilmu yang sangat terasa rahmat dan teduhan kasih dek kerana dikelilingi kejiranan dan persekitaran ilmuan dan aktiviti ugama yang berterusan :’)

     
  3. Fay Yusof

    11 October 2013 at 10:06 am

    Assalam, I stumbled upon your blog while looking up for some articles and doas. Masyaallah am liking it. This post especially! You’re a fine young man, how very blessed your parents are, alhamdulillah. In sya Allah I’ll come here often, plenty I can learn, even at my age, and share the ‘ilmu’ I might pick up with my children. Happy reunion with your family, keep on writing. Semoga Allah terus merahmati En. Abu sekeluarga.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: