RSS

Tips peperiksaan yang berkesan

25 Dec



بسم الله الرحمن الرحيم

Tips dan nasihat di bawah adalah ringkasan dari ucapan seorang guru di Madinah bernama Syeikh Abu Ali Khalid ad-Duwaisyi.

 

Pendahuluan

–  Cara para ‘ulama terdahulu menuntut ilmu sangat berbeza dengan cara kita hari ini. Masa mereka banyak dihabiskan dengan Ilmu, di samping mereka juga bekerja demi mendapatkan rezeki.

–  Mereka bermulazamah (belajar, makan, hidup bersama) dengan seorang guru dalam jangka masa yang lama, dan mengambil pelbagai jenis ilmu seperti Bahasa arab, Tafsir, Ilmu hadith, Aqidah, Fiqh dan lain-lain.

–  Kita pada masa kini menuntut ilmu dengan seorang guru mengikut takhassus mereka.

–  Kita juga dewasa ini diuji dengan sistem ‘pendidikan formal’ iaitu mengikut kelulusan sijil. Dari itu, perlu sekali kita kembali menyemak niat kita dari masa ke semasa agar tidak lari dari niat asal menuntut ilmu iaitu kerana Allah s.w.t.

–  Tujuan menuntut ilmu, sama ada untuk berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat, atau mengejar pangkat, kita sendiri yg menentukannya.

–  Kejayaan bukanlah dengan mimpi, ia memerlukan:

  1.  Kesabaran dan ketenangan
  2.  Latihan dari segi kefahaman, tulisan dan bacaan, hafalan dan lain-lain.
  3.  Masa yang panjang

 

Kaedah Khas Mengulang Kaji

1- Keinginan dan kemahuan yang tinggi

2- Kefahaman yang baik

3- Jauhi perkara yang mengganggu fikiran dan tumpuan seperti:

  • Masalah peribadi, kemurungan, kebimbangan
  • Handphone
  • Internet

4- Tempat yang sesuai:

  • Aman dan mudah mendapatkan maklumat
  • Tidak terlalu bergantung pada suatu suasana sahaja, seperti di bilik sahaja, agar tidak kelam kabut sekiranya keadaan memaksa untuk mengulangkaji di tempat lain

 

Cara Mengulangkaji

1- Tahu isi kandungan buku/nota yang ingin dibaca. Tuliskan tajuk-tajuk utama kemudian susun supaya menjadi indeks

2- Bacaan Kilat

  • Agar mendapat gambaran kasar
  • Membaca sekali imbas hingga akhir topik. Tidak berhenti pada sebarang noktah, hatta yang samar-samar..
  • Ulangi  bacaan. Fokus dan fahamkan, kemudian hafal

3- Belajar guna panca indera yang utama: melihat, menyebut dan mendengar teks

4- Letakkan soalan pada noktah penting agar dapat membantu ingat noktah

 

Ketika Mengulangkaji

1- Meminta bantuan Allah s.w.t dan memohon:

  • Terang hati
  • Kefahaman yang baik
  • Perhatian/fokus yang sihat
  • Ingatan yang mantap
  • Ketenangan

2- Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t

3- Perbanyakkan istighfar

4- Jauhi dari perkara yang boleh mengundang dosa dan murka Allah s.w.t. DAN Seharusnya pada setiap masa dalam kehidupan

5- Peruntukkan masa untuk Allah s.w.t:

  • Berhenti seketika untuk sholat fardhu
  • Solat sunnah witr
  • Membaca al-Qur’an

6- Mula belajar dari selepas sholat subuh. Minda masih segar dan mudah menggarap maklumat

 

Malam Peperiksaan

Menjaga kesihatan badan, berikan rehat yang selayaknya pada minda, mata dan keperluan jasmani yang lain.

 

Di dewan peperiksaan

1- Tenangkan diri dengan perbanyakkan istighfar dan doa

2- Tidak membaca semula nota dengan banyak

3- Tidak menambah maklumat baru

4- Pastikan soalan dibaca dan difahamkan dengan betul sebelum mula menjawab

5- Tulisan yang jelas

6- Elakkan dari keraguan dengan jawapan sendiri

 

Selepas peperiksaan

1- Tidak melihat apa yang sudah, teruskan tumpuan pada subjek seterusnya

2- Apabila mendapat keputusan:

  • Bersyukur atas kejayaan, tidak berbangga diri
  • Bersabar atas ujian kegagalan, tidak berputus asa atas kegagalan tersebut

 

Penutup

Peperiksaan yang hakiki adalah di akhirat kelak apabila berhadapan dengan Sang Pencipta. Kita yang menentukan nasib kita sama ada merindukan Syurga atau ingin dihumbankan ke Neraka.

Sepertimana kita bersungguh-sungguh membuat persiapan bagi peperiksaan pertengahan atau akhir tahun, begitu jugalah hendaknya kita persiapkan diri kita bagi peperiksaan sebenarnya kelak.

Sepertimana kita beristighfar berdoa meminta kejayaan dalam peperiksaan di sekolah, begitu jugalah hendaknya kita beristighfar berdoa memohon kejayaan dalam peperiksaan di akhirat.

Semoga Allah s.w.t memberikan kita semua hidayahNya agar sentiasa mencari yang lebih dekat dengan redhaNya, dan juga memberikan kita taufiqNya agar dapat beramal bersesuaian dengan apa yang dituntutNya.

Selamat menempuh peperiksaan!

 

Wallaahu a’lam

 
Leave a comment

Posted by on 25 December 2012 in Madinah

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: