RSS

Pakaian wanita labuh mana?

27 Nov

ummu salamah



Dari Ummu Salamah telah berkata: Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam ditanya tentang berapakah kadar (ukuran yang dibolehkan) bagi wanita untuk melabuhkan hujung kain dari pakaiannya.

Maka Baginda menjawab: “Sejengkal (dari buku lali)”. Lalu aku (Ummu Salamah) berkata: Bagaimana sekiranya kainnya itu terselak? Baginda menjawab: “Sehasta, dan tidak harus dia melebihinya”.

(Riwayat Imam an Nasaa-i)




(1)    Had yang hukumnya ‘boleh’ bagi lelaki.

(2)    Had yang hukumnya  ‘digalakkan’ bagi wanita. (ditambah sejengkal dari buku lali)

(3)    Had yang hukumnya ‘boleh’ bagi wanita. (ditambah sehasta dari buku lali)

  • Akan tetapi ianya lebih membahayakan dirinya ketika berjalan

(4)    Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sehasta, dan tidak harus dia melebihinya.”




Saya baru sahaja mengambil hadith ini di kuliah tadi. Post ini sebenarnya bukan tumpuannya untuk menerangkan matan hadith ini. Namun, apa yang saya dapati dari penerangan Syeikh hadith saya siang tadi benar-benar memberikan saya satu kesedaran yang menenangkan hati ini.

Izinkan saya berkongsi sedikit perasaan tenang ini. Saya lebih yakin bahawa Islam adalah agama yang benar-benar memelihara penganut wanitanya atau muslimah, dengan begitu baik sekali. Selama saya di Fakulti Usuluddin ini, selama dalam pengajian tentang agama-agama terbesar yang dianuti di dunia ini, selama mana saya membuat bacaan sendirian, belum pernah terjumpa satu agama pun yang menandingi cara bagaimana Islam menitik beratkan perihal wanita.

Antara cara Islam memelihara kehormatan wanita adalah melalui perintah Allah s.w.t kepada setiap muslimah supaya menutupi auratnya, dan bukan sekadar menutup kepala dan rambutnya, tetapi keseluruhan anggota tubuh wanita itu dengan sempurna.


Lebih dia terjaga, lebih manis

Semasa Syeikh saya membuka ruang perbincangan tadi, ada seorang rakan itu mengongsikan sesuatu yang membuatkan saya tersenyum. Beliau menceritakan bahawa kawannya memberitahunya, apabila berada di kota Madinah ini, dia lebih teruji dengan fitnah wanita berbanding ketika berada di tanah air sendiri, yang mana boleh didapati wanita lain yang tidak menutupi auratnya di merata tempat.

Ini benar.. saya juga mengalami perkara yang sama. Bahkan ramai juga teman-teman dari Singapura, Malaysia dan Thailand menyatakan perkara yang sama. Fitnah wanita yang saya maksudkan adalah ujian menundukkan pandangan mata.

Kemudian Syeikh mengatakan bahawa Syaitan tetap juga akan menggoda manusia mengikut situasi dan keadaan seseorang itu berada.

Wanita yang beriman akan lebih sensitif dan prihatin dengan cara pakaiannya. Bahkan dia juga harus lebih sensitif cara dia menampilkan dirinya di tempat-tempat awam. Perkara ini mungkin kita sudah lama mendengarnya, namun perlaksanaannya bagaimana?

Lebih-lebih lagi zaman yang serba canggih, dengan teknologi yang begitu maju, tempat awam itu bukan sahaja secara zahir lagi, tetapi juga yang batin – alam siber.





Hampir setiap muslimah kini memiliki smart phone

Pelbagai applications yang dimuat turunkan dan digunakan – Facebook, Instagram (ini sahaja yang saya tahu) dan lain-lainnya, yang membolehkan baginya memuat naikkan gambar-gambarnya. Kemudian berkongsi profilenya, aktiviti, perbualan dengan rakan-rakan, kisah hidup dalam bentuk timeline dan berbagai lagi bentuk dan fungsinya.


Wanita muslimah kita, walaupun terkadang tertutup rapi aurat luarannya, tetapi terdedah aurat ‘dalaman’nya – peribadinya setiap orang awam tahu. Perkataan ‘bersosial’ diberikan erti yang baru yang dahulunya belum pernah diketahui bagi setiap kita 5-7 tahun yang lalu.


Kawal, dan jagalah dirimu di mana jua

Nanti dulu, jangan dibaling iphone 4S atau Samsung S3 itu ke tembok!😉

Secara peribadi, saya tidak berniat ingin menghalang sesiapa yang membaca post ini daripada menggunakan kemudahan yang tersedia ada itu. Cuma harus ada PRINSIP dalam menggunakannya, dan bukan terikut-ikut dengan arus ‘mainstream’ yang datang begitu deras.

Ambil semula hak anda, wahai muslimah, untuk memelihara dirimu.

Percayalah, bahawa masih belum terlambat untuk anda mengemudi semula bahtera hidup anda, menyembunyikan semula profile anda dan meng’private’kan aktiviti hidup anda dari orang awam di luar sana.

Tidak usah membiarkan dirimu menjadi sebuah buku yang boleh dipandang dan dibaca isi kandungannya oleh sesiapa yang terjumpa di perpustakaan hidup ini. Cukuplah yang membaca anda, wahai muslimah, keluarga dan teman-teman muslimah anda dalam ruangan terjaga, hatta di alam siber.

Islam menjaga penuh kebajikan dan hak wanita muslimah, tetapi bagaimana pula muslimah itu menjaga dirinya?


Setiap kita adalah manusia

Kita hamba Allah yang namanya insan. Sentiasa perlukan peringatan agar kembali ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Dalam keseronokan menikmati kemudahan itu terkadang kita dibuai nafsu yang begitu halus diperdayakan oleh Syaitan. Sekali-sekala bermuhasabah, dan fikir-fikirkan.. apakah hari ini aku telah banyak membuat Allah redha dengan diri dan perbuatanku? Atau sebaliknya..?

Semoga Allah s.w.t memberikan kita hidayah dan taufiqNya dalam menjalani kehidupan di alam nyata ini dan alam ‘yang kurang nyata’ – alam siber. Amin.


Wallaahu a’lam.

 
5 Comments

Posted by on 27 November 2012 in Madinah

 

Tags: , , , , ,

5 responses to “Pakaian wanita labuh mana?

  1. hilail

    28 November 2012 at 7:43 pm

    Reblogged this on Anismadani.

     
    • Abu Raiyan

      28 November 2012 at 7:48 pm

      Alhamdulillaah.. semoga bermanfaat kepada semua, khususnya para muslimah..🙂

       
  2. liys

    13 March 2013 at 5:31 pm

    thank you for the reminder.

     
    • Abu Raiyan

      13 March 2013 at 5:48 pm

      May Allah’s blessings be upon you.🙂

       
  3. cik miaa

    6 December 2013 at 1:09 am

    Salam, sejujurnya saya tertarik dengan kata2 En Abu yang ini –
    “Tidak usah membiarkan dirimu menjadi sebuah buku yang boleh dipandang dan dibaca isi kandungannya oleh sesiapa yang terjumpa di perpustakaan hidup ini..” Melalui entry ini, sedikit sebanyak mengingatkan saya apa yang telah saya lupakan.. Terima kasih banyak2 untuk peringatan yang diberikan🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: