RSS

Tidak semudah yang disangka

31 Oct




Wahai jiwa yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah..

istiqamah lah..

sesungguhnya jalan ke Syurga itu tidak mudah..

Wahai jiwa yang sentiasa berusaha menjauhi maksiat..

istiqamah lah..

dunia itu penjara orang mukmin..

Wahai jiwa yang sentiasa berasa berat melaksanakan perintah Allah..

sedarlah..

jalan ke Neraka itu amatlah mudah..

Wahai jiwa yang bergelumang dengan maksiat..

sedarlah..

dunia bukanlah tempat bagi orang mukmin..



Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘Anhu, bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tatkala Allah s.w.t menciptakan Syurga dan Neraka diutuskan Jibril ‘Alaihis Salaam pergi ke Syurga seraya berkata: Lihatlah padanya (Syurga) dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.

Maka ia melihatnya lalu pulang semula dan berkata: Demi kemuliaanMu, tidaklah seorang mendengar mengenainya melainkan dia akan memasukinya.

Kemudian diperintahkan agar diliputi (Syurga) dengan kesukaran, lalu Allah s.w.t berkata: Pergi dan lihatlah ia, dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.

Jibril pun melihat Syurga itu dalam keadaannya dipenuhi segala kesukaran dan berkata: Demi kemuliaanMu, sesungguhnya aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.


Penerangan:

Pada awal Syurga diciptakan, jalan menuju ke Syurga itu amatlah mudah. Sekiranya seorang melihat atau mendengar mengenai nikmat-nikmat di dalamnya, yang belum pernah dilihat, belum pernah didengar dan tidak pula pernah terlintas di hati manusia, maka dia pasti akan menuruti segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya kerana terlalu menginginkan nikmat-nikmat itu, lalu dia mendapat ganjaran Syurga.

Namun, setelah Allah s.w.t meletakkan ujian dan rintangan pada jalan menuju ke Syurga itu, keadaan menjadi begitu sukar, sehingga Jibril ‘Alaihis Salaam berasa risau sekiranya tiada hamba yang mampu untuk mendapat ganjaran Syurga. Kesukaran yang dimaksudkan diatas adalah perintah atau syariat Allah yang pada hakikatnya adalah berat bagi jiwa manusia melaksanakannya melainkan bagi orang yang benar-benar ikhlas dan beriman kepadaNya.





Allah s.w.t berkata: Pergi dan lihatlah pula pada Neraka, dan pada apa yang telah Aku sediakan di dalamnya bagi penghuninya.

Maka Jibril melihatnya dalam keadaan (Neraka) itu bertimpa-timpa, lalu pulang semula dan berkata: Demi kemuliaanMu, tidak ada seorang pun yang akan memasukinya.

Kemudian diperintahkan agar diliputinya dengan keiinginan syahwat, lalu Allah s.w.t berkata: Kembali dan lihatlah.

Jibril melihat Neraka itu dalam keadaannya dipenuhi keinginan syahwat, lalu pulang dan berkata: Demi kemuliaanMu, sesungguhnya aku khuatir tidak ada seorang pun yang terselamat darinya melainkan ia akan memasukinya.”


Penerangan:

Demikian pula halnya Neraka. Sekiranya seorang itu melihat atau mendengar pelbagai bentuk azab yang disediakan, pasti dia akan berasa amat gerun dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya, lalu dia akan terselamat dari Neraka itu.

Namun, apabila jalan ke Neraka itu dihiasi dengan pelbagai bentuk kepuasan syahwat, yang sememangnya dekat sekali dengan nafsu manusia, seorang itu dengan begitu mudah akan tertewas sehingga Jibril berasa risau sekiranya tidak ada hamba yang boleh terselamat, melainkan mereka yang benar-benar ikhlas dan beriman kepadaNya.

-Riwayat Imam An-Nasaa’i


“Sesungguhnya Syurga Allah Itu Mahal”

Wallaahu A’laam.

 
Leave a comment

Posted by on 31 October 2012 in Madinah

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: