RSS

“Puasa sepanjang tahun”

13 Sep


بسم الله الرحمن الرحيم

 

Kebetulan terjumpa gambar cute ni. Kebetulan juga Ramadhan 2012 kami hanya berpuasa 29 hari.🙂



HADITH PERTAMA

Kita mungkin pernah membaca atau mendengar hadith ini berkali-kali..

 

:عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر



Dari Abu Ayyub al-Anshariy Radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian diikuti (dengan puasa) enam (hari) di bulan Syawwaal bahawasanya sama seperti puasa sepanjang tahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

Tapi.. apakah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun?

عَنْ ثَوْبَانَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صِيَامُ رَمَضَانَ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ، وَصِيَامُ السِّتَّةِ أَيَّامٍ بِشَهْرَيْنِ، فَذَلِكَ صِيَامُ السَّنَةِ.



Daripada Thaubaan, sesungguhnya Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda: “Puasa Ramadhan menyamai sepuluh bulan, dan puasa enam hari (di bulan Syawwaal) menyamai dua bulan. Maka demikian itu seperti puasa setahun.”

(Sahih Ibn Khuzaimah)

Jadinya..

10 bulan +  2 bulan = 12 bulan (1 tahun)



Bagaimana pula puasa sebulan Ramadhan menyamai 10 bulan? dan enam hari di bulan Syawwaal menyamai 2 bulan?

Mari sama-sama kita lihat firman Allah s.w.t di dalam surah al-An’aam ayat 160:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا

 وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

maksudnya: “Barangsiapa mengerjakan amal kebaikan, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa mengerjakan amal kejahatan, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya (tadi), sedang mereka tidak dianiaya.”


Ayat suci ini menjadi tunggak utama atau formula dalam memahami maksud hadith ‘puasa enam’ itu tadi.


Kemudian, mari kita lihat sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘Anhaa yang bermaksud:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ

maksudnya: “Setiap amal anak Adam itu akan digandakan kebaikannya sehingga menjadi sepuluh kali lipat amalnya, (kemudian digandakan) sehingga tujuh ratus kali gandaan.”

(Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)



Sekarang, mari sama-sama mengira..


*Puasa Ramadhan menyamai 10 bulan:

1 hari (Ramadhan) x 10 (gandaan amal) = 10 hari (ibaratnya)

30 hari (Ramadhan) x 10 (gandaan amal) = 300 hari (ibaratnya)

..dan kita sedia maklum, 300 hari menyamai 10 bulan.


*Puasa sunnah 6 hari Syawwaal menyamai 2 bulan:

1 hari (Syawwaal) x 10 (gandaan amal) = 10 hari (ibaratnya)

6 hari (Syawwaal) x 10 (gandaan amal) = 60 hari (ibaratnya)

..60 hari menyamai 2 bulan.

10 bulan (ibarat puasa Ramadhan) + 2 bulan (ibarat puasa 6 hari Syawwaal)

= 12 bulan (ibarat puasa sepanjang tahun)



Demikianlah maksud hadith Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam tersebut.




HADITH KEDUA

Izinkan saya berkongsi sepotong lagi hadith berkenaan “puasa sepanjang tahun”.

عن عبد الله بن عمرو قال : قال لي رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ألم أُخبَر أنّكَ تَصومُ النهارَ لا تُفطِر، وتُصلي الليلَ لا تَنامُ ؟ قلتُ: بلى . قال: بِحَسبُكَ أن تَصومَ مِن كلّ شهرٍ ثلاثةَ أيام، فيكونُ ذلك كصيامِ الدّهرِ

Daripada ‘Abdullaah ibn ‘Amru telah berkata: Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam telah berkata padaku: “Apakah perkara yang dikhabarkan padaku (itu benar) bahawa sesungguhnya kamu berpuasa sepanjang hari tidak berbuka dan bersolat sepanjang malam tidak tidur?” Aku berkata: Itu benar. Lalu Baginda berkata: “Cukuplah bagi kamu berpuasa dari setiap bulan tiga hari, kerana ianya ibarat puasa sepanjang tahun.”

(Tahdzeebu-l Athaar oleh Imam at-Tobariy)



Ingat tak formula kita di atas dalam ayat suci tadi? ahhh..

1 hari (setiap bulan) x 10 (gandaan amal) = 10 hari (ibaratnya)

3 hari (setiap bulan) x 10 (gandaan amal) = 30 hari (ibaratnya)

jadinya..

30 hari x 12 bulan = 360 hari (ibarat puasa sepanjang tahun)



Semoga post ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Mudah-mudahan juga Allah s.w.t memberi kita kekuatan dalam mengamalkan sunnah yang diwariskan Nabi kesayangan kita Muhammad Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam.


Wallaahu a’lam

 
Leave a comment

Posted by on 13 September 2012 in Madinah

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: