RSS

Bagaimana Ramadhan kita?

08 Sep


بسم الله الرحمن الرحيم



Ku Milik Mu

Alhamdulillaah. Setinggi-tinggi syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t atas segala nikmatNya kepada diri yang lemah lagi hina-dina ini.


Ku berdoa dengan jiwa dan tubuhku setiap hari sepanjang hidupku,

dengan nafasku, aku berjanji pada Mu untuk hidup hanya untuk Mu.

 Oh Allah kau bangkitkan jiwaku, cahayaMu terangi hatiku.

Hidupku, ku persembahkan pada Mu..ku milikMu..ku milikMu..

 

Kini ku tahu rasanya, hidup dalam cahaya kasihMu;

Kini ku tahu rasanya menemukan damai di hati.

Seandainya semua tahu indahnya mengabdi pada Mu;

Seandainya semua tahu, kasihMu lepaskan belenggu, bebaskan ku, kuatkan ku..

 

Oh Allah ku bersyukur pada Mu walau kata tak sanggup ungkapkan

Kau buatku mampu lawan keraguan dan tegar hadapi tentangan,

Hanya Kau sanggup bangkitkan jiwaku, cahayaMu terangi hatiku,

dan hidupku ku persembahkan pada Mu..ku milikMu..ku milikMu

 

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk Mu..

Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan Mu di hatiku..

 

-“Ku milik-Mu” oleh Maher Zain.


Dengan pelat-pelat mat salehnya..hehe.  Apa pun, lirik yang terkandung mempunyai makna yang sangat baik.


Apa khabar jiwa kita setelah melalui madrasah Ramadhan?

Kita perlu membuat penilaian jiwa.. jadikan ianya WAJIB! Dengan berakhirnya Ramadhan lalu menandakan suatu permulaan bagi diri, jasad, dan ruh kita bagi 11 bulan yang akan datang. Tidak ada ertinya Ramadhan jika kita kembali menjadi ‘kita’ yang sebelumnya!

MeSTi..MeSTi ada perubahan..!

Well..takmuh stress atau tension sekiranya kita rasa ‘quantity’ dan ‘quality’ ibadah kita menurun menjelang Syawal. Hakikatnya, kita masih belum tertewas dengan godaan syaitan selagi mana kita INGIN terus-menerus memperbaiki diri.


Amalan harus JALAN TERUS!

Bagi diri saya, kita tidak perlu tergopoh-gopoh ingin melakukan amal ibadah. Sebaiknya kita fokus kepada beberapa ibadah yang ingin kita lazimkan selepas Ramadhan. Baik, contohnya:

–          Tilawah Quran

–          Solat sunnah witr


Ini sesuai dengan sabda Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam: “Wahai sekalian manusia, beramal lah mengikut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak berasa bosan hinggapun kalian bosan (dengan suatu amal); dan sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat Imam al-Bukhari)


Allaahu Akbar!

Betapa besarnya rahmat Allah kepada umat ini, umat akhir zaman, umat yang paling baik yang dikeluarkan, umat yang paling dimanjakan. Ye, umat yang paling dimanjakan!  Banyak kelebihan yang telah Allah anugerahkan kepada kita umat Nabi Muhammad Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam berbanding umat-umat terdahulu. Antaranya adalah kelebihan beramal sedikit tetapi ganjaran yang besar (Lihat terjemahan surah al-Baqarah, ayat 261 / Ali-‘Imran, ayat 40 / al-Hadeed, ayat 11 / at-Taghabun, ayat 17).

Dengan syarat..

Satu, keikhlasan dan ketulusan hati mengerjakan sesuatu kerana Allah.

Dua, bertepatan dengan apa yang diajarkan dalam syari’at yang dibawa Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam.


Tilawah Qur’an selepas Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan mungkin kita berjaya khatamkan Qur’an, sekali.. dua kali..tiga kali. Namun, apakah ertinya kita bersungguh-sungguh mengkhatamkan pada bulan Ramadhan kemudian kita leka dan lupakan al-Qur’an itu sebaik menjelang Syawal.

Jiwa kita apabila sudah dibelai-belai dengan ayat-ayat suci selama SEBULAN, pasti terasa gusar apabila belaian itu TERHENTI.

Tidak perlu banyak..yang penting ianya tidak terhenti, terputus.

Semasa menghadiri ceramah di Masjid Muhajirin penceramah itu menasihatkan agar terus membaca dan cuba mengkhatamkan al-Qur’an selepas habis bulan Ramadhan walaupun 1 juz sehari.

Anda yakin tak sekiranya saya katakan anda boleh khatamkan 1 juz dalam sehari?

Selepas solat fardhu, bacalah 4 mukasurat. Insya Allah.

Mengkhatamkan 1 juz sehari sudah memadai. Cubalah😀


Solat Sunnah Witr



Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menambahkan solat (sunnah) bagi kalian iaitu al-Witr. Maka kerjakanlah ia antara solat isya’ dan solat fajar.”

[Disahihkan oleh al-Albaniy]


Sebelum tidur cuba sebolehnya untuk solat sunnah witr sebanyak 3 rakaat. Mudah-mudahan ianya ditulis sebagai solat malam bagi kita, sepertimana biasa kita lakukan pada bulan Ramadhan.


Ingat pesanan Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam..

“..amalan yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.”


Wallaahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 8 September 2012 in Madinah

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: