RSS

Bulan Ramadhan (2012 M/1433H)

30 Jul


بسم الله الرحمن الرحيم




Syukur

Alhamdulillaah..diri yang lemah dan hina ini masih diberi kesempatan menikmati bulan Ramadhan, yang mana ianya ibarat kekasih yang sentiasa dinanti-nantikan seorang mu’min setiap tahun. Saya kira, kalau blog seorang muslim tidak ada menyebut tentang bulan mulia ini rasanya seperti tidak sempurna.

Syukur juga kepada Allah s.w.t kerana saya dapati di Singapura kali ini kesedaran para remaja Islam untuk merebut peluang menyemarakkan bulan Ramadhan semakin jelas kelihatan. Ah contohnya, di siang hari bulan puasa ini jarang dilihat couple-couple dari anak-anak Islam yang masih bersekolah yang bersahaja berpimpinan tangan atau berpelukan di tempat awam. Pada malam harinya pula para remaja merangkumi sejumlah besar dari bilangan jemaah yang menunaikan solat isya’ dan solat sunnah tarawih di masjid-masjid.

Itu yang di luar secara fizikal.

Begitu pula di internet seperti yang kita semua lebih terbiasa iaitu Facebook. Gambar-gambar yang dimuatkan sebagai contoh, boleh lah tahan alhamdulillaah tidak se‘daring’ di bulan-bulan yang lainnya. Syukur la alhamdulillaah.


Risau Saya

Ah, bercakap tentang Facebook ni..saya juga mendapati teramat lah sangat banyaknya post-post menyentuh bulan Ramadhan. Hati saya berbunga-bunga membelek-belek status rakan-rakan di Facebook. Tapi..ah ade tapi..ada seperkara yang saya mula ambil prihatin terhadapnya iaitu saya risau sekiranya ada yang menjadikan Facebook sebagai satu-satunya sumber pengetahun mengenai Ramadhan atau apa-apa bersangkutan kelebihannya dan puasa, dan tidak begitu rajin untuk membaca bahan yang lebih sempurna atau betul-betul seperti buku!


Nasihat Saya

Beribadah dengan ilmu itu lebih sempurna, dan dapat memberikan kepuasan serta ketenangan. Kita berpuasa dengan kita belajar atau baca bahan sebagai tambahan ilmu pengetahuan kita insya Allah lebih memberikan kesungguhan untuk merebut semua peluang ibadah di bulan ini. Contohnya, menjaga seberapa yang mampu solat sunnah qobliyah dan ba’diyah, dan juga sunnah nafaawil yang lain-lain seperti solat sunnah dhuha dan witir.

Begitu pula dengan tambahan ilmu pengetahuan agar dapat kita menjaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Allah s.w.t menggandakan pahala puasa mengikut kehendaknya, tidak seperti ibadah-ibadah lain yang boleh dilipatgandakan sampai 700x .

Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda: “Semua amal anak Adam digandakan, satu kebaikan digandakan sepuluh kali sampai tujuh ratus kali. Allah berkata: kecuali puasa, maka sesungguhnya ia adalah untuk Ku, dan Aku lah yang akan memberi ganjarannya, dia meninggalkan syahwat dan makannya kerana Ku.”

[Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim]


Saranan Saya

Izinkan saya berkongsi beberapa buah buku yang saya rasa amat sesuai bagi youth Islam kita.






Akhir Kata Saya

Semoga kita berjaya dalam setiap amal ibadah kita di bulan Ramadhan Al-Mubaarak!🙂


Wallahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 30 July 2012 in Singapura

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: