RSS

Mengimani Qadha’ dan Qadr

12 Mar


بسم الله الرحمن الرحيم






Salah satu rukun iman atau tiang iman bagi seorang muslim adalah mengimani qadha’ dan qadr Allah, sama ada yang baik atau buruk.

Disebutkan dalam ‘Hadith Jibril’ yang menjadi tunggak utama dalam memahami qadha’ dan qadr:

Berkata Jibril: Khabarkan padaku apakah itu iman?

Baginda Shollallaahu ‘alaihi wa Sallaam menjawab:

“Iman itu adalah bahawa engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan hari akhirat, serta beriman pada takdir yang baik mahupun buruk.”

-Riwayat Imam Muslim


Apa itu Qadha’ & Qadr?

“Qadr itu adalah wujudnya sesuatu daripada ketiadaan kepada keberadaan, satu demi satu, selari dengan Qadha’.”

– ‘Ali bin Muhammad al-Jarjaaniy

Mudahnya, Qadha’ adalah ketetapan Allah dari sejak azali (awal waktu) di Lauh Mahfuz, dan Qadr pula ketetapanNya yang telah berlaku dan yang sedang berlaku serta yang akan berlaku.

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Qadha’ dan Qadr adalah ketentuan Allah, atau takdir Allah.


Bagaimana mengimani Qadha’ dan Qadr Allah?

“Ianya adalah ketentuan Allah ta’ala bagi setiap perkara sejak lama, dan ilmu (pengetahuan) Allah bahawa ianya akan berlaku pada suatu masa yang ditentukan dalam sifat (rupa) yang ditentukan, dan penulisan Allah (ketetapanNya) mengenainya, dan kehendak Allah baginya dan terjadinya ia mengikut kadar ketentuanNya, serta ciptaan Allah baginya.”

– Syeikh Dr ‘Abdur Rahman al-Mahmuud


Dalam menyempurnakan iman kita terhadap Qadha’ dan Qadr, harus diketahui 4 perkara:

1) Ilmu Allah atas setiap perkara.

Allah s.w.t tahu setiap satu perkara dari awal waktu hingga abad, dan Dia yang menentukan kesemua ketentuan dan aturan itu sebelum ianya terjadi. Dia tahu saat dan ketika bila ianya akan berlaku, dan bagaimana ianya akan berlaku, yang baik dan yang buruk.


2) PenulisanNya.

Semua perkara telah tercatat, yang baik dan yang buruk dari ajal seseorang, rezekinya, amal perbuatannya dan  penghujung hidupnya, apakah ia tergolong ahli syurga atau neraka.


3) KehendakNya.

Semua perkara yang berlaku adalah atas kehendak Allah s.w.t, yang baik dan yang buruk. Segala yang Dia kehendaki pasti berlaku, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan berlaku.


4) CiptaanNya.

Semua perkara yang berlaku itu atas perbuatan ciptaan Allah, yang baik dan yang buruk. Dia menciptakan kebaikan dan keburukan, kemanfaatan dan kemudharatan, dan nikmat senang dan ujian susah.


Kewajiban seorang muslim

Kewajipan seorang hamba itu adalah beriman kepada Qadha’ dan Qadr Allah, dan beriman kepada semua syariatNya, perintahNya dan laranganNya. Maka dia harus membenarkan setiap perkhabaran dari Qur’an dan juga hadith Rasulullaah shollallaahu ‘alaihi wa sallaam, dan mentaati perintah keduanya.


Berusaha, Beramal

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”


Dari ‘Ali Radhiyallaahu ‘anhu berkata: ketika kami berada di perkuburan Baqee’ Gharqod menguruskan jenazah, maka bersabda Rasulullaah Shollallaahu ‘alaihi wa salaam: “Tidaklah seorang pun dari kalian melainkan telah ditulis baginya tempat di Syurga atau di Neraka.”

Sahabat bertanya: wahai Rasulallaah, apakah kami tidak perlu beramal dan berserah?

Baginda menjawab: “Beramal lah kalian, semuanya telah dipermudahkan bagi seorang (untuk beramal).”

-Riwayat Imam Bukhari



Sebuah riwayat yang sahih, Khalifah ‘Umar ibn Al-Khattab Radhiyallaahu ‘anhu enggan memasuki suatu kampung  di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Seorang sahabat bernama, Abu ‘Ubaidah ibn Jarrah Radhiyallaahu ‘anhu bertanya kepada ‘Umar: “Mengapa kamu lari dari takdir Allah?”

‘Umar Radhiyallaahu ‘anhu menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.”

(Tarikh At-Tabari)



Wallaahu a’lam

 
2 Comments

Posted by on 12 March 2012 in Madinah

 

Tags: , ,

2 responses to “Mengimani Qadha’ dan Qadr

  1. Anonymous

    27 April 2012 at 2:05 am

    Such an impressive summary! May Allah bless you with more knowledge and hidayah in the future InsyaAllah…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: