RSS

Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Noor bin Taib Rahimahullaah

06 Feb


Telah kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Isnin, 6 Februari 2012M bersamaan 14 Rabee’ul Awwal 1433H jam 9.45 pagi



Perjuangan beliau tidak ada siapa yang dapat menyangkalnya. Jiwanya diserahkan seluruhnya ke jalan Allah dengan mengasaskan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Kami, anak didik MWTI, memanggil beliau dengan panggilan Mudir. Saya mula kenal dengan mudir jauh sebelum saya masuk ke MWTI tanpa melihat siapa orangnya. Ibu sayalah yang mengenalkan saya dan adik-adik dengan Mudir melalui cerita-cerita dari pengalamannya semasa di MWTI dahulu – pada masa itu baju uniformnya adalah warna biru tua atau navy blue.

Saya bersekolah di MWTI hanya 2 tahun, menyambung pendidikan saya di peringkat pra-universiti. Tempoh itu cukup bermakna buat saya, dan antara sebabnya adalah kerana saya banyak berinteraksi dengan Mudir.

31 Ogos 2006 sempena sambutan Hari Guru



Mudir, setakat yang saya kenal, seorang yang sangat, sangat, sangat perihatin dengan maslahat madrasah yang didirikan di atas tanah keluarga Wak Tanjong demi melahirkan pengganti asatizah bagi masa hadapan. Saya teringat kata-katanya ketika memberi nasihat pada tahun akhir kami (batch 2006): “Satu hari  guru-guru, ustaz ustazah akan pergi, awak semua yang kena jadi pengganti mereka.”

Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa Mudir, Kau rahmatilah beliau, Kau selamatkanlah beliau, dan Kau hapuskanlah kesalahan-kesalahan beliau. Kau tempatkanlah beliau di dalam syurgaMu bersama para syuhada dan sholihin, dan jauhkanlah beliau dari nerakaMu. Jadikanlah kami anak-anak didik MWTI dan madrasah-madrasah lain di Singapura orang-orang yang mengamalkan Islam dengan sebaik-baiknya dan sentiasa berjiwa besar dan bersungguh-sungguh dalam berjuang di jalanMu seperti jiwa Mudir kami, ya Mujeeb-ad-du’a.


aameeeenn…


 
2 Comments

Posted by on 6 February 2012 in Singapura

 

Tags: , ,

2 responses to “Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Noor bin Taib Rahimahullaah

  1. hamba Allah

    23 June 2013 at 1:27 am

    Ustz madrasah mana sebelum masuk MWTI?

     
    • Abu Raiyan

      4 July 2013 at 1:27 am

      Saya dahulu bersekolah di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, dahulu terletak di Jalan Selamat, Kembangan.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: