RSS

مكة المكرمة

17 Jan



بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillaah baru sahaja pulang dari Mekkah. Syukur masih diberikan kesempatan untuk berulang-alik ke sana pada tiap kali musim cuti.🙂

Abraj al-bait..atau dikenali juga Mecca Royal Hotel Clock Tower. Hm mungkin ramai yang berasa tidak senang melihat kewujudannya atau hotel-hotel seumpamanya di Mekkah. Bagi saya, seharusnya kawasan sekeliling Masjidil Haram tidak terlalu gah, dan dalam masa yang sama tidak pula terlalu ‘plain’. Biarlah sederhana. Namun, hakikatnya kebanyakan hotel-hotel di situ sudah dibina sedemikian rupa… terlalu gah.

Tidak usahlah kita merungut perkara yang sudah terjadi dengan menyalahkan pihak ini dan itu. Mereka yang mengatakan kawasan hotel-hotel di situ sudah seperti Las Vegas adalah melampau dan celupar. Harus dicilikan saja mulut-mulut yang mengeluarkan kekata itu.

Benar.. saya tidak tahu bagaimana rupa di dalam bangunan hotel-hotel itu, tetapi janganlah dek terlalu melayan emosi kita menuturkan kekata tidak sopan. Ianya masih jauh jikalau dibandingkan dengan tempat yang bergelumang maksiat lagi jijik itu!

‘Ala kulli haal.. sama-samalah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dalam setiap tutur kata kita. Sekiranya kita ada memasang niat untuk mengerjakan umrah atau menunaikan fardhu haji, pastikan kita tumpukan perhatian penuh kepada ibadah. Itu lebih utama.

Kita adalah apa yang kita katakan dan kerjakan.



وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

                             سورة البقرة: أية 196

“Dan sempurnakanlah  haji dan ‘umrah kerana Allah.”

Surah al-Baqarah, ayat: 196


Wallaahu a’lam

 
Leave a comment

Posted by on 17 January 2012 in Madinah

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: