RSS

“Hendaklah ia memuliakan jirannya.”

15 Dec




“Aib dia, aib saya juga.”

Jawab saya ringkas bila ditanya tentang ‘roommate’.


Saya teringat ketika syeikh saya memberikan syarah hadith yang tidak asing lagi bagi kita. Beliau memberitahu bahawa perkara yang kita harus ambil berat adalah perilaku kita terhadap rakan sebilik.


Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘Anhu, bahwa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya.”

-Muttafaq ‘Alaih


Malah terdapat hadith berbentuk ancaman terhadap mereka yang menyakiti jirannya dengan cara disengajakan.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: لاَ يَدخُلُ الجنةَ مَن لاَ يَأْمَنُ جَارُه بَوَائِقَه

رواه الإمام مسلم



Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘Anhu, sesungguhnya Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Tidak akan masuk Syurga barangsiapa yang jirannya tidak berasa aman daripada gangguannya.”

-Riwayat Imam Muslim

  • Berbuat baik terhadap mereka yang paling dekat tinggal dari kita

– (jiran sebilik, setingkat, seblok, sekampung)

  • Berikan keutamaan kepada mereka

– (ihsan, sedekah, bantuan)

  • Sekiranya tidak mampu berbuat baik, jangan sakiti mereka

– (perbuatan, percakapan)




Bagi saya, aib roommate adalah aib kita. Jadi, harus dirahsiakan.

🙂


Wallaahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 15 December 2011 in Madinah

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: