RSS

Jailbreaking

13 Nov


بسم الله الرحمن الرحيم




Mereka yang ada memiliki iPhone, iPod dan iPad pasti tidak asing lagi dengan istilah jailbreak. Pertama kali seorang teman melihat saya menggunakan iphone dia menanyakan sama ada iphone saya sudah di’jailbreak’ atau tidak. Saya tanyakan padanya, apa itu jailbreak?

“Kalau kau jailbreak, macam-macam kau boleh buat dengan iphone. Pastu ley download free, apps yang kena bayar.”

Ketika itu saya agak rasa terpanggil juga untuk jailbreak iphone. Dalam masa yang sama tidak pasti apa perlu atau tidak untuk melakukannya. Rasanya saya sudah baca lebih 20 artikel mengenai jailbreak dari pelbagai lelaman di internet, dan menghadap lebih 30 video di youtube mengenai jailbreak dan baik buruknya.

Pendekkan cerita, ada satu artikel yang buat saya putuskan untuk tidak jailbreak iphone saya. Rasanya…tidak akan! klik sini..

Saya tidak melarang sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin meng’jailbreak’ iphone, ipod atau ipad, dan tidak mengatakan ianya tidak boleh. Bila seorang itu telah membeli barangan itu bermakna dia telah memilikinya 100% dan berhak untuk melakukan apa sahaja. Dan juga, terdapat sejumlah besar aplikasi yang hanya boleh digunakan sesudah jailbreak.

Hanya satu perkara yang saya kurang senang tentang jailbreak iaitu memuat turun aplikasi berbayar secara percuma. Kalau yang memang percuma itu tidak ada lagi ruang sangsi. Namun, aplikasi yang perlu kita letakkan nombor akaun bank agar kemudiannya diproses jual beli itu dan memuat turunnya…hmmmm…

Ok, cuba kita fikirkan. Aplikasi-aplikasi yang berbayar itu telah direka, diprogram dan diusahakan oleh para ‘Developer’, dan telah memakan masa, tenaga dan idea mereka. Apa kita ingin mengambil barangan jualan itu dengan percuma? Apa beza mereka dengan penjual gerai makan nasi lemak yang pagi-pagi telah bangun dan menyiapkan bungkusan nasi itu untuk dijual?

Pada pandangan saya, sekiranya kita tidak mahu membelanjakan wang untuk aplikasi-aplikasi berbayar itu, cuba cari versi ‘lite’ iaitu versi kecil dan (biasanya) percuma bagi aplikasi berbayar yang asli itu, contohnya aplikasi Hadeeth Pro / موسوعة الحديث النبوي الشريف  ianya sebuah aplikasi lengkap yang berbayar, dan terdapat versi ‘lite’nya Hadeeth Lite / موسوعة الحديث الشريف المصغر ; atau cari sahaja aplikasi lain yang percuma. Saya ada terbaca sebuah artikel yang menyatakan bahawa aplikasi yang percuma di iTunes jauh lebih banyak dari yang berbayar.

Semoga Allah s.w.t memberikan kita hidayah ke arah jalan yang diredhaiNya. Allaahumma amin..


Wallaahu a’lam.

 
1 Comment

Posted by on 13 November 2011 in iPhone

 

Tags: , , , ,

One response to “Jailbreaking

  1. pejalanblog

    13 November 2011 at 7:05 am

    Salam.

    Menarik tajuk yang anda pilih Ustaz Umar. Ia membuatkan saya terpanggil untuk melakukan sedikit sebanyak kajian tentang pasal “jailbreak” dan pandangan Islam terhadapnya. Ternyata saya mendapat tahu bahawa sebenarnya terdapat dua istilah “jailbreak” dan “crack”. Dan ianya mempunyai perbezaan yang ketara.

    Saya juga baru dapat tahu bahawa “jailbreaking” adalah “legal” atau sah dari segi undang2 Amerika Syarikat, walaupun mendapat tentangan dari Pihak Apple. (Lihat sini:http://www.wired.com/threatlevel/2010/07/feds-ok-iphone-jailbreaking/) Akan tetapi “warranty” atau jaminan akan secara sendirinya akan terbatal antara pembeli dan syarikat yang menjual. Jadi, berdasarkan cebisan maklumat yang saya dapati, tentu “jailbreak” boleh dilakukan dan tidak salah.

    Ada pun menggunakan “apps” yang sepatutnya dibeli dengan cara percuma tentunya mempunyai hukum dan kesan yang berbeza. Ia kembali kepada hukum penggunaan “Intellectual Property” atau Hak Milik Intelektual, dan “Piracy” atau lebih senang dikenali dengan Cetak Rompak. Selain hukum ia juga bersangkut-paut dengan moral atau akhlak seorang Muslim.

    Minta maaf jika terdapat apa2 kekurangan.
    Tulisan yang baik. Semoga berterusan mengendalikan blog ini. Sesungguhnya banyak manfaat yang dikongsikan, untuk itu saya amat berterima kasih.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: