RSS

Haji 2011 (1432H): Gagal mendapat visa

05 Nov


بسم الله الرحمن الرحيم




Impian tidak tercapai

Ramai jemaah Singapura yang terkilan, sedih apabila mendapat berita tentang kegagalan mendapatkan visa haji. Tidak kurang juga yang marah, rasa “dipermainkan” oleh pihak General Sales Agent (GSA). Ini dapat difahami kerana sememangnya setiap muslim antara sedar atau tidak ada memendam rasa ingin berkunjung ke Baitullaah, Rumah Allah, yang suci itu, dan melihat arah qiblat mereka.

Allah s.w.t menyebutkan di dalam surah al Haj, ayat ke 27, ketika memerintahkan Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salaam:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

Ertinya: “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.”


Punca

Punca masalah ini? Sila klik sini!


Perlu adil & bijak

Saya terbaca beberapa komentar di akhbar-akhbar tempatan dan juga status di Facebook yang berbau emosi. Sesiapa pun boleh memberikan pandangan mereka tentang perkara ini. Namun, sebaiknya kita selidiki perkara tersebut dengan teliti sebelum membuat kata putus atau andaian.

Pada hemat saya, seorang yang adil dalam penilaiannya harus mengambil kira setiap aspek dari permasalahan ini. Dari perkara semudah membezakan “Kedutaan Arab Saudi” dan “Kerajaan Arab Saudi”, hingga pada memahami ‘policy’ dan undang-undang berkaitan haji dari Kerajaan Arab Saudi.

Di bawah ini adalah link kepada antara beberapa lelaman berkaitan haji yang harus dibaca:

1- MUIS’ ADVANCE HAJ REGISTRATION SYSTEM 

2- Mengenali ‘GENERAL SALES AGENT’ (GSA) 

3- SINGAPORE HAJJ NEWS 

4- MINISTRY OF HAJJ, Kingdom of Saudi Arabia (KSA)


Dinasihatkan agar sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini dari pihak MUIS & ‘Association of Muslim Travel Agents Singapore’ (AMTAS).


Akhir kata..

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ

سورة آل عمران: 96

Ertinya: “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullaah yang di Bakkah (Mekkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”

Surah Ali-Imran, ayat 96


Wallaahu a’lam

 
Leave a comment

Posted by on 5 November 2011 in Singapura

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: