RSS

Islam dan Wanita

21 Sep


بسم الله الرحمن الرحيم






Tidak kira bagaimana tajuknya..

‘Islam & Wanita’, ‘Wanita dalam Islam’, ‘Islam memelihara hak asasi wanita’ atau ‘Bukti Islam memelihara hak wanita’ dan berbagai lagi tajuk yang sehala maksudnya iaitu membicarakan perkara berkaitan wanita di dalam syari’at Islam..

..mestilah dibicarakan secara adil, benar, penuh rasa tanggungjawab, dan yang paling utama tidak merendahkan hak wanita sekaligus tidak meremehkan serta mengetepikan syari’at itu tadi.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyentuh tajuk ‘Wanita dalam Islam’ itu, tetapi lebih kepada nasihat dan peringatan kepada setiap individu muslim yang benar-benar ingin mencari kebenaran. Saya tidak rasa layak pun kerana telah ada banyak tulisan, kajian terperinci, tesis, buku-buku yang tidak kurang hebatnya. Namun, perkara yang saya fikirkan adalah mengapa masih ada suara-suara yang memberikan maksud negatif daripada seorang muslimah sendiri mengenai hak wanita dalam Islam.

Baru-baru ini telah disiarkan di dalam akhbar tempatan mengenai perkara ini iaitu suatu perkara yang telah lama dibincangkan para ilmuan.


Nasihat ringkas dari diri yang lemah ini hanya dua:

– Ikhlaskan niat dalam mencari kebenaran.

– Fahami syari’at dengan baik.


KEIKHLASAN

Para ‘ulama bertungkus lumus dalam memelihara hati dalam setiap perkara yang dilaksanakan. Mereka bersusah payah melatih hati. Hati itu perlu disemak setiap masa.

Salah seorang tabi’in berkata: “Aku melatih hati ini selama 40 tahun agar benar-benar menemukan keikhlasan.”

Kita di mana?

Ikhlas itu adalah niat yang tulus hanya kerana Allah s.w.t, dan tidak kerana selainNya.


MEMAHAMI SYARIAT

Belajarlah, membaca & bertanya kepada seorang guru yang benar. Pastikan bahawa guru itu mempunyai pendidikan yang sempurna dan melalui sistem pembelajaran yang tepat. Bersungguh-sungguhlah dalam mempelajari hukum hakam Islam dan tidak hanya sambil lewa.

Pesan seorang ‘ulama terkemudian Syeikh Ibn ‘Uthaimin Rahimahullaah:

“Carilah dalil kemudian barulah berpegang dan i’tiqad kepada suatu perkara, dan janganlah kamu beri’tiqad pada sesuatu kemudian mencari dalil untuk menyokongnya, nescaya kamu akan tersesat.”


Akhir kata, berdoalah agar Allah s.w.t memberikan kita taufiq dan hidayahNya, kebijaksanaan, kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan Islam dengan sebaiknya.


Wallaahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 21 September 2011 in Singapura

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: