RSS

Wanita dalam Islam

16 Sep






Bukti Islam perjuang hak wanita

Tulisan ini disiarkan di Cyberita Online pada 16 september 2011 di ruangan KOMENTAR.

Mohd Yusop Hassim



SEBELUM kedatangan Islam, kaum wanita di seluruh dunia berada dalam keadaan hina – mengalami kehidupan yang pedih dan kecelakaan, menurut sejarawan, termasuk Karen Armstrong.Tiada sumber bagi mereka bergantung untuk memperjuang hak asasi mereka. Seorang wanita akan menghabiskan masa hidupnya – daripada buaian hingga ke liang lahad – dalam kesengsaraan dan penderitaan.Jika dia berjaya meloloskan diri daripada menjadi mangsa pembunuhan bayi perempuan (menurut adat ketika itu), hidupnya pasti tiada erti kerana perempuan sering dianggap sebagai objek yang tiada nilai.Malah, jika kaum perempuan tidak dapat dijamin hak kelahiran hidup mereka, apa pula jenis peranan kehidupan yang akan mereka mainkan?Kemunculan Islam mengangkat wanita daripada hakikat yang menggemparkan dan memalukan kepada kehidupan yang dihormati.

Dalam Islam, wanita dikasihi sama ada sebagai anak perempuan muda yang dimanjakan, saudara perempuan yang dicintai, isteri yang dipuja atau ibu yang disanjung dan dihormati.

Walau bagaimanapun, kian terpapar usaha bersifat tohmah di media dunia termasuk di Internet yang menafikan hal ini.

Tohmah tadi menyatakan bahawa Islam menyekat kebebasan wanita daripada menuntut ilmu dan belajar sehingga mencapai kecemerlangan.

Amat menyedihkan bahawa ramai juga Muslimah yang terpedaya dek diayah ini dan terus mempercayainya.

Dengan membuta tuli meniru Barat, mereka membuktikan bahawa diri mereka sebagai bawahan dari segi intelektual, sosial dan tingkah laku.

Keadaan mereka digambarkan oleh Nabi saw dalam sebuah hadis bermaksud:

‘Kamu akan mengikuti cara bangsa-bangsa sebelum kamu, rentang tangan oleh tangan, hasta oleh hasta sehingga walaupun mereka memasuki satu lubang, kamu akan menurutinya.

‘Sahabat bertanya, adakah bangsa-bangsa yang dimaksudkan itu Yahudi dan Nasrani?

‘Nabi menjawab: Siapa lagi?’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wanita sedemikian dianggap jahil tentang hakikat bahawa keadaan sosial, undang-undang dan sejarah yang dihadapi wanita Barat amat berbeza daripada wanita Islam.

Sebaliknya, Islam telah lebih awal memberi wanita hak mereka sepenuhnya, mengikut syariat Ilahi. Cuma di sesetengah negara majoriti Muslim, adat setempat memberikan gambaran buruk mengenai Islam, terutama layanan terhadap golongan wanitanya.

Wanita Islam harus mengangkat kepala mereka dan berbangga dengan nikmat yang diperolehi meskipun mereka tidak hidup di negara Dunia Pertama.

Kempen yang disengajakan terhadap wanita Islam sama dilakukan oleh kaum kafir pada zaman Nabi saw yang berpakat menyentak tudung seorang wanita Islam di pasar Bani Qainuqa’.

Selain itu, terdapat dalam kalangan Muslim sendiri yang berpura-pura menjadi orang Islam yang baik dan bertutur seperti orang Islam sedangkan mereka menyembunyikan kekufuran mereka kerana mereka berasa sukar merubah wanita Islam yang beriman.

Golongan ini meremehkan adab pergaulan dan seumpamanya semata-mata menonjolkan hak wanita Islam. Padahal apa yang mereka lakukan tidak direstui Islam.

Ingatlah kisah Nabi Musa as seperti terpapar dalam surah Al-Qasas, ayat 23, bermaksud:

‘Dan tatkala dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya).

‘Musa berkata: Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?

‘Kededua wanita itu menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami) sebelum penggembala-penggembala itu membawa pulang (ternaknya) sedang bapa kami seorang tua yang lanjut umurnya.’

Sebelum Musa as dilantik menjadi nabi kepada kaumnya, dan setelah melarikan diri dari Mesir yang ditindas Firaun, beliau tiba di rantau yang jauh. Di sana beliau melihat sekumpulan orang sedang memberi minum haiwan ternakan mereka.

Terdapat dua orang wanita yang berdiri pada jarak jauh sedang memerhatikan keadaan orang ramai itu.

Nabi Musa bertanyakan jika mereka bermasalah. Mereka mengatakan bahawa mereka datang untuk memberi minum kepada ternakan mereka kerana bapa mereka terlalu uzur untuk bekerja sendiri.

Mereka terpaksa menunggu sehingga orang-orang itu beredar demi memelihara kehormatan mereka.

Akhirnya, Nabi Musa membantu kededua wanita dan kemudian diambil bekerja dengan ayah wanita itu, Nabi Syu’aib as.

Selepas itu Nabi Syu’aib as menawarkan anak perempuannya untuk dinikahi Nabi Musa.

Kisah ini membawa erti bahawa kaum lelaki Muslim perlu membela kaum wanitanya. Muslimah pula perlu memastikan cara hidup yang membawa jalan ke syurga bak dipaparkan pada pekerti mulia para isteri nabi.


 
Leave a comment

Posted by on 16 September 2011 in Perkongsian

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: