RSS

Berpada-pada mengimarahkan dunia

24 Jul


بسم الله الرحمن الرحيم






Dipetik dari majalah GenQ (Generasi Al-Quran Kreatif), Vol.1 Isu 1

Oleh: Ustaz Mohd Azrul Ismail


Imam al-Ghazali Rahimahullaah pernah menyebutkan satu kisah berkaitan tiga orang buta yang berbalah sesama mereka tentang rupa bentuk keadaan gajah yang sebenarnya. Orang buta pertama pergi kepada seekor gajah lalu menyentuh gadingnya seraya berkata, “Gajah adalah seekor binatang seperti tulang yang runcing di hujungnya.”

Orang buta kedua pula memegang perut gajah lalu berkata, “Gajah sebenarnya adalah binatang yang besar dan kasar serta rata bentuknya.”

Orang buta ketiga memegang belalai gajah dengan yakinnya berkata, “Gajah sebenarnya adalah seekor binatang yang memanjang dan lembik.”

Tak kenal, maka tak cinta. Itulah ungkapan yang seringkali disebutkan. Analogi kisah di atas amat baik kepada kita yang sudah semakin meningkat dewasa. Satu persoalan buat kita semua. Adakah kita benar-benar mengenali agama Islam? Apakah yang kita akan jawab tatkala ada orang bertanyakan kepada kita soalan sedemikian? Fikir-fikirkanlah.





AKHIR ZAMAN

Kita sudah lama memeluk Islam. Tetapi seolah-olah kita adalah salah seorang daripada individu dalam kisah tadi. Jika dilihat pada era akhir zaman kini, kita menyaksikan Islam menjadi satu perbincangan, dan topik hangat yang ingin disentuh oleh semua lapisan masyarakat sama ada golongan tua mahupun muda dan Muslim mahupun non-Muslim. Juga, sama ada perbincangan yang memuliakan dan meninggikan Islam ataupun perbincangan untuk menjatuhkan dan memburuk-burukkan agama Islam.


Amat benarlah dalam riwayat Abu Daud, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Hampir tiba satu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam di hidangan mereka.”

Salah seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi s.a.w menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu seumpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahn’. “

Seorang sahabat bertanya: Apakah ‘wahn’  itu?

Nabi s.a.w menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pula untuk mati.”




NATIJAH DARIPADA SALAH FAHAM

Jika direnungkan, tidak jauh untuk kita katakan bahawa generasi sekaranglah yang berhadapan dengan situasi yang Rasulullah s.a.w gambarkan. Maka kita jugalah yang telah mendapat penyakit ‘wahn’  itu. Na’udzubillah.

Senario ini jelas menjadi satu cabaran kepada umat Islam, untuk memurnikan kembali keadaan dan mencerahkan kembali kegelapan yang timbul natijah daripada pelbagai salah faham dan momokan fitnah yang dilemparkan terhadap Islam. Lebih parah lagi, umat Islam sendiri yang buta Islam, lantas Islam itu digambarkan bukan dengan rupa yang sebenar.

Sebagai contoh, pemahaman yang salah berkaitan dengan pengertian dan kehendak sebenar zuhud. Mereka menganggap zuhud itu adalah meninggalkan aktiviti dunia dan menjadikan akhirat sebagai tumpuan.

Ya, Islam menitik beratkan soal akhirat dan akhirat adalah tempat utama dalam meraih keredhaan Allah s.w.t. Akan tetapi, tanpa dunia, bagaimanakah kita akan sampai ke akhirat? Dunialah menjadi tempat kita menyuburkan segala modal dan menggandakan usaha agar meraihkan keuntungan besar di akhirat kelak. Para ulama menyebutkan, “Dunia itu ialah tempat bercucuk tanam bagi Syurga (untuk mendapat hasil di akhirat).”

Allah s.w.t juga berfirman dalam surah Hud ayat 61 yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.”

Jelas kepada kita, zuhud yang sebenar adalah dengan mengimarahkan dunia. Namun, tidaklah sampai ke tahap dunia menguasai kita. Pemahaman yang sahih ini sudah pasti akan mencergaskan seorang Muslim bagi memperbaiki diri dalam urusan keduniaan dan sentiasa mendidik jiwa agar tidak menjadi hamba dunia semata-mata.

Ia hanyalah salah satu contoh pemahaman yang acap kali disalah tafsirkan oleh Muslim sendiri. Menjadi kegerunan kepada kita tatkala wujudnya di luar sana seribu satu pemahaman yang menyimpang daripada maksud sebenar yang dikehendaki oleh Islam. Akibat buruk daripada fenomena ini sudah pasti akan terkena pada Islam itu sendiri.

Justeru, wahai saudara seagamaku, masihkah boleh kita leka dengan usia muda yang tidak pasti penghujungnya ini tanpa membaiki kefahaman kita?


Wallahu a’lam.

 
2 Comments

Posted by on 24 July 2011 in Perkongsian

 

Tags: , ,

2 responses to “Berpada-pada mengimarahkan dunia

  1. Anonymous

    7 August 2011 at 7:44 pm

    assalamualaikum ya akhi.. sy ingin bertanya sesuatau.. apakah maksud “mengimarahkan” dgn lebih mdalam..?

     
    • Abu Raiyan

      8 August 2011 at 1:05 pm

      wa’alaikumussalaam.. Terima kasih kerana bertanya. Jujurnya saya bukan ahli bahasa sehingga boleh memberikan maksud mendalam. Dari itu, saya hanya memberikan maksud perkataan “mengimarahkan” dari apa yang saya tahu dan faham.

      maksudnya: ‘memakmurkan’, ‘menyemarakkan’, dan boleh juga dikatakan ‘menghidupkan’.

      wallaahu a’lam

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: