RSS

Berbeza Demi Cinta

13 Jul


بسم الله الرحمن الرحيم



Dipetik dari majalah Solusi, isu no.33

Oleh: Ust Pahrol Mohd Juoi


Perkahwinan dimulakan di Syurga antara Adam dan Hawa, maka begitulah perumpamaan bagi setiap perkahwinan anak cucunya. Semuanya bermula bagaikan di syurga. Namun, itu belum cukup menjanjikan syurga itu kekal abadi. Dua orang manusia yang berkahwin mesti bertanggungjawab untuk mengekalkan keadaan syurga dalam rumah tangga mereka.




Salah satu perkara yang penting untuk mengekalkan keharmonian itu adalah bijak menerima dan menangani perbezaan. Jika ada orang yang meletakkan seratus peratus persamaan sebagai satu syarat dalam menentukan keharmonian sebuah rumah tangga, dia silap. Harus diingat, serapat mana pun hubungan antara suami dan isteri, mereka berdua tetap insan yang berbeza sebelum berkahwin. Perbezaan itu bukan untuk dihapuskan, tetapi untuk diuruskan.

Bagaimana?


Menguruskan Perbezaan

Pertama, mesti diakui dahulu realiti wujudnya perbezaan itu. Ya, katakan, “aku dan dia mesti berbeza.” Bukan sahaja luaran, bahkan dalaman. Jika si kembar siam dari Iran; Ladan dan Laleh itu pun berbeza, apalagi suami isteri yang ibu bapa, latar belakang, cara dibesarkan dan pendidikannya berlainan. Dengan perbezaan itulah kita membina perkongsian yang lengkap-melengkapi.

Bijak menguruskan perbezaan adalah satu seni dalam pengurusan rumah tangga. Bukankah dengan warna yang berbeza, Allah “lukiskan” alam yang indah ini untuk manusia? Jika semuanya sama warna, sama rasa, sama bentuk.. dunia akan menjadi sebuah tempat yang bosan untuk dihuni. Allah Maha Tahu tentang itu.

Maka begitulah sewajarnya “lukisan alam” rumah tangga kita. Perbezaan itu akan memberikan keindahan. Namun, perlu dipastikan setiap perbezaan adalah “perbezaan yang sama” (the same differences). Apakah yang dimaksudkan dengan perbezaan yang sama itu?

Begini, prinsip ataupun sistem nilai antara suami dan isteri tidak boleh berbeza. Ia mesti sama. Tetapi yang berbeza cuma cara atau pendekatan untuk menangani sesuatu masalah, keadaan atau suasana itu. Berbeza dari segi pendekatan bukan pendirian. Itulah maksud perbezaan yang sama.

Contohnya dalam menangani masalah pendidikan anak-anak. Kedua-duanya mesti bersetuju bahawa anak-anak mesti dididik atas dasar aqidah, syariah dan akhlak islamiah. Untuk itu anak-anak wajar dihantar ke sekolah yang mempunyai asas-asas pendidikan itu. Kedua-duanya mesti bersetuju atas prinsip itu. Cuma dalam memilih sekolah, mungkin ada perbezaannya. Mungkin faktor lokasi, watak guru, prasarana sekolah dan berbagai-bagai lagi faktor yang membezakan pilihan antara suami dan isteri.


Kebersamaan dalam Perbezaan

Mengapakah pendirian mesti sama sedangkan pendekatan boleh berbeza? Sebenarnya, imej atau gambaran “dari dalam diri” apabila melihat sesuatu yang berlaku di luar sangat mempengaruhi tafsiran kita terhadapnya. Tafsiran, perasaan dan imej yang terbentuk dari dalam diri akibat sesuatu peristiwa lebih penting daripada peristiwa itu sendiri.

Dua orang yang melihat suatu perkara, peristiwa atau situasi yang sama tidak semestinya mempunyai gambaran, imej, fikiran dan perasaan yang sama. Walaupun hal luaran itu sama, tetapi kesan kepada individu yang melihatnya tidak sama. Hakikat ini mesti difahami dengan baik oleh suami dan isteri.

Ingatlah, “married couples have to realize that the problem is not ‘us’ but the situation.” Rangsangan luaran dan respons dalaman tidaklah mesti sama. Sesuatu yang hitam di luar, tidak semestinya hitam juga di dalam. Perbezaan tafsiran, perasaan dan fikiran yang berlaku dalam diri seseorang itulah yang menentukan keserasian antara seseorang dengan pasangannya.

Oleh sebab itu, keyakinan (dalam konteks ini aqidah) mempunyai kesan yang sangat besar terhadap pancaindera yang lima apabila berdepan dengan sesuatu peristiwa. Sesiapa yang mempunyai iman yang kuat, maka pancainderanya akan mentafsirkan, merasai dan memberi gambaran yang selaras dengan syariat. Inilah yang dikatakan pendirian!

Atas dasar itu, suami dan isteri mempunyai pendirian yang sama dan teguh dari segi aqidah. Selagi sistem keyakinan mereka sama, yakni berpegang kepada nilai iman dan Islam, selagi itu pandangan hidup dan sikap mereka sama. Boleh berbeza watak, boleh berbeza karakter tetapi tetap dalam kerangka akhlak islamiah.

Inilah yang akan mewujudkan kebersamaan dalam setiap perbezaan.

Inilah rahsia mengapa, Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar lelaki yang soleh memilih calon isteri yang kuat pegangan agamanya berbanding rupa, harta dan keturunan. Selagi prinsip ini sama, selagi itulah perbezaan tidak akan menjadi satu pertentangan.

 
4 Comments

Posted by on 13 July 2011 in Perkongsian

 

Tags: , , , , ,

4 responses to “Berbeza Demi Cinta

  1. cute girl

    14 July 2011 at 6:18 am

    🙂 awk type panjang2 nie……………awk!!!

     
  2. Abu Raiyan

    14 July 2011 at 10:51 am

    🙂

     
  3. cute girl

    15 July 2011 at 3:00 pm

    kte geram awk type panjang2 ni sume!!MasyaAllah ‘alaik.
    Semoga ‘dia’ yang Allah pilihkan untuk awak yang terbaik untuk awak,dunia dan akhirat.
    Amin Allahumma Amiin🙂

     
  4. Abu Raiyan

    15 July 2011 at 6:16 pm

    amin. Baarakallaahu feeki ya ukhti.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: