RSS

Rahsia awet muda melalui gaya hidup holistik

12 Jul


بسم الله الرحمن الرحيم




25hb Mei 2010

Anda tidak boleh mengurangkan umur tetapi boleh melakukan sesuatu terhadap umur biologi anda. Anda boleh memiliki anatomi, fisiologi dan sistem biokimia seorang yang berumur 30-an ketika anda berumur 60-an atau 80-an.

Kehidupan jenis mana yang anda akan pilih jika diberi dua pilihan berikut? Pilihan pertama ialah umur pendek dengan tahap kesihatan yang baik dari awal hingga akhir. Pilihan kedua ialah umur panjang tetapi mengalami pelbagai penyakit selama bertahun-tahun.

Kedua-dua pilihan di atas tiada kena mengena dengan mencegah penyakit. Tiada siapa yang mahu memilih untuk meninggal dunia awal atau membunuh diri semata-mata untuk mengelakkan diri dari mengalami penyakit. Tiada siapa juga yang suka dengan idea hidup lama tetapi mengalami sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan organ lain atau lumpuh berpunca dari strok. Apatah lagi penyakit yang melibatkan tulang belakang, kanser dan penyakit-penyakit lain yang boleh dicegah tetapi sukar dirawat.

Pendek kata tiada siapa yang mahu mati ketika usia muda. Tiada siapa juga yang mahu hidup lama tetapi mengalami keadaan kesihatan yang mengganggu fizikal, tidak membahagiakan emosi serta menggugah keutuhan rohani.


Umur Biologi Muda

Kepada anda yang memilih salah satu kategori ini, saya bawa berita gembira untuk anda. Anda boleh hidup dalam keadaan fizikal dan emosi muda walau pun ketika usia tua. Caranya ialah dengan melambatkan proses penuaan dan bebas dari penyakit.

Dengan lain perkataan, sungguh pun anda tidak boleh mengurangkan umur, anda boleh melakukan sesuatu terhadap umur biologi anda. Anda boleh memiliki anatomi, fisiologi dan sistem biokimia seorang yang berumur 30-an ketika anda berumur 60-an atau 80-an.

Anda kata ia mustahil? Kalau begitu mungkin anda tidak pernah melihat seorang lelaki berumur 90 memanjat pokok. Anda masih lagi bergantung kepada logik matematik sambil terpinga-pinga mengira kekuatan otot, tendon, ligamen, dan sendi yang dimiliki oleh orang tua ini.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan proses penuaan? Kajian-kajian terkini menemui mekanisme-mekanisme biologi yang bertanggung jawab terhadap penuaan yang menjadi punca kepada masalah-masalah kesihatan termasuk pembentukan penyakit degeneratif. Melalui hasil kajian tersebut, pakar-pakar penjagaan kesihatan holistik membuat kesimpulan bahawa proses penuaan boleh diperlahankan dan penyakit boleh dicegah jika kita mengamalkan gaya hidup sihat secara holistik.

Mengamalkan gaya hidup holistik bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan kepada yang optimum dan mencegah daripada penyakit, malahan ia dipercayai membantu memanjangkan umur. Selain itu, amalan tersebut membantu seseorang supaya tidak perlu berulang alik ke klinik atau hospital.


Tip Awet Muda dan Cegah Penyakit:

1. Dapatkan seberapa banyak ilmu mengenai pencegahan dari penyakit daripada pakar. Ia boleh didapati dengan membaca buku-buku dan artikel karangan mereka atau menghadiri seminar dan bengkel mereka.

2. Makan makanan menurut jenis metabolisme.

Tiga jenis metabolisme:

Pertama yang boleh makan makanan berlemak pada paras tinggi dan kurang sayur-sayuran serta buah-buahan terutama yang masam. Yang kedua ialah jenis yang boleh makan sayuran-sayuran dan kebanyakan jenis buah-buahan termasuk jenis masam tetapi kena kurangkan lemak. Jenis ketiga ialah mereka yang boleh makan dari kedua-kedua jenis makanan yang disebutkan.

3. Pelihara keseimbangan organ sistem daripada segi kesihatan dan fungsinya. Kurang atau elakkan daripada makan makanan yang menjejaskan organ sistem seperti makanan bergoreng secara terendam lama, makanan terproses, lelemak terhidrogenasi, merokok, minum alkohol, makan secara berlebihan.

Elakkan daripada makan makanan berkarbohidrat terproses kerana ia menyebabkan ketagihan serta pelbagai jenis penyakit serta simptom. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada pelbagai jenis. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kesensitifan kepada sistem pencernaan dan usus. Ambil ubat-ubatan moden ketika keadaan kesihatan memerlukan sahaja. Gunakan garam gunung Himalaya dalam masakan harian. Minum air mineral 6-8 gelas sehari.

4. Ambil ubat-ubatan moden ketika keadaan kesihatan memerlukan sahaja. Meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah menjaga kesihatan diri sendiri termasuk berkaitan keberkesanan pemakanan termasuk ubatan herba dan suplemen boleh menguntungkan anda.

_________________________

Dipetik dari: iluvislam.com

 
Leave a comment

Posted by on 12 July 2011 in Perkongsian

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: