RSS

Menundukkan pandangan mata – perintah itu untuk siapa?

17 Jun



بسم الله الرحمن الرحيم





Kesedaran tentang perlunya menundukkan pandangan mata daripada melihat, apatah lagi merenung, lawan jenisnya boleh dikatakan semakin meningkat. Cuma perlaksanaannya sahaja yang mungkin kurang. Di internet sahaja boleh kita lihat banyak lelaman yang meletakkan pelbagai tajuk dan corak penulisan tentang perintah menundukkan pandangan mata ini. Belum lagi diambil kira kem-kem remaja dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan oleh badan-badan Islam di merata tempat, sama ada di Singapura atau Malaysia. Hampir mustahil jika seorang berkata dia tidak tahu tentang suruhan Allah s.w.t itu.


Bukan soal menundukkan pandangan mata ini yang hendak saya sentuh, tetapi bagaimana mesej itu disampaikan. Saya telah banyak membaca dan melihat video-video yang menarik tentang hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram atau BGR (Boy Girl Relationship), ikhtilat  (pergaulan tanpa had antara kedua jenis), dan topik yang sehala. Namun, sebahagian artikel dan video-video itu kadang kala terdapat berat sebelah, mesej yang diberikan itu membuatkan saya rasa seolah-olah ianya khusus kepada satu jenis sahaja, contohnya, kaum adam sahaja yang perlu menjaga penglihatan, atau terkadang wanita sahaja. Atau mungkin anda juga ada merasakan demikian?


Perkara yang menghairankan, apabila memetik firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur tentang peringatan kepada Mukmin dan Mukminah agar menundukkan pandangan mata mereka, amat jarang sekali saya menemukan artikel atau video yang memetik firman itu untuk keduanya, Mukmin dan Mukminah (lelaki dan wanita) sekaligus. Wal hal, perintah pada surah an-Nur itu berurutan iaitu ayat 30 & 31. Kebiasaannya, hanya dipetik ayat 30 atau ayat 31 sahaja. Jarang kedua-duanya.

 قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ° وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

سورة النور, أية 30-31


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”

– Surah an Nur, ayat 30-31 


Saya teringat satu peristiwa, iaitu pada tahun 2006, semasa berlangsungnya FIFA World Cup. Saya dan sekumpulan kawan sedang dalam perjalanan ke Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM, untuk menyokong pasukan bahas bahasa Arab mewakili sekolah kami, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. Kami berhenti di kawasan rehat. Saya dan dua orang teman sempat menonton perlawanan bola sepak World Cup.


Beberapa minit menonton, salah satu pasukan bola itu berjaya menyumbatkan satu gol. Si pemain bola yang begitu riang berlari di padang sambil menanggalkan pakaian jersinya. Saya mengatakan pada seorang teman kelas perempuan supaya alihkan pandangan dari aksi itu tadi. Beliau menjawab, orang perempuan melihat lelaki tidak berdosa, tapi jangan sebaliknya. Saya terdiam. Diam saya itu bukan disebabkan tidak kuasa, tetapi “mengiyakan”.


Rasanya perlu saya tekankan, bukan tujuan saya menceritakan peristiwa itu untuk mengatakan siapa benar dan siapa salah, tetapi rata-rata itulah mesej yang sering dibawakan, baik di sekolah atau di tempat lain. Ustaz dan ustazah di sekolah kurang menekankan bahawa hukum dan perintah itu adalah bagi kedua-duanya, lelaki dan perempuan.


Sama-samalah kita renung-renungkan..


Wallaahu a’lam

 
2 Comments

Posted by on 17 June 2011 in Singapura

 

Tags: , , , , , , , , , ,

2 responses to “Menundukkan pandangan mata – perintah itu untuk siapa?

  1. cahayatakhtaku

    18 September 2011 at 10:02 pm

    alhamdulillah..terima kasih raiyan atas perkongsian pendapat. tulisan yang baik pasti membuahkan hasil yang baik..semoga sama-sama beroleh kebaikan.salam

     
    • Abu Raiyan

      20 September 2011 at 12:10 am

      wa’alaik salam..alhamdulillaah.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: