RSS

Madinah dan seisinya

10 Jun


بسم الله الرحمن الرحيم



Tulisan ini saya tujukan kepada mereka yang belum pernah kenal Madinah al-Munawwarah..



Saya jarang sekali menulis tentang bumi Madinah. Baik keadaannya, suasananya, penduduknya, aktiviti yang dilakukan penghuninya, infrastrukturnya mahu pun persekitaran alam semula jadinya. Rasanya cukup dengan kadar apa yang telah dikongsikan dalam blog ini – yang sedikit itu. Saya tidak mahu mengada-adakan suatu yang tidak pernah wujud atau berlaku, perkara ‘buruk dan palsu‘, kerana semua yang dilihat dan dialami adalah dari perspektif pandangan saya yang tidak terlepas daripada tersilap dan tersalah. Dari itu, saya serahkan pada gambar-gambar di bahagian akhir untuk memberitahu 1001 maksud kehidupan di Madinah.


Bumi Madinah tidak seperti bumi-bumi lain. Madinah adalah bumi tercinta Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam. Saya khuatir sekiranya perkataan atau tulisan saya tidak adil dalam memberi gambaran sebenar tentang bumi Madinah kepada mereka yang tidak pernah menetap di sini. Perlu saya tekankan, besar sekali perbezaannya antara datang ziarah mengikut pakej ‘umrah atau haji dan menetap demi menuntut ilmu.


Dari tahun pertama lagi saya telah meletakkan beberapa “panduan” umum bagi diri saya berdasarkan beberapa buah hadith Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam selama mana saya menetap di sini bi idznillaah.


Hadith Pertama: Kecintaan Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam pada bumi Madinah

Dari Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiyallaahu ‘Anha bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam pernah bersabda: “Ya Allah, berilah kami kecintaan terhadap Madinah seperti cinta kami terhadap Mekkah atau melebihinya.”

-Riwayat Imam Bukhari


Orang kata, sekiranya kita sayangkan seseorang, kita tidak akan lakukan perkara-perkara yang boleh melukakan hatinya. Saya sayangkan Rasul saya, dari itu saya tidak mahu melakukan sesuatu di Madinah ini yang boleh melukakan hatinya sekiranya beliau masih hidup.


Hadith Kedua: Ganjaran bersabar atas kesusahan di Madinah

Dari Sa’ad bin Abi Waqas bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam pernah bersabda: “Tidaklah seorang yang meninggalkannya (Madinah) kerana kebencian terhadapnya, melainkan Allah akan menggantikan seorang lain yang lebih baik darinya. Tidaklah seorang yang tetap tinggal (di Madinah), bersabar dengan cubaan dan kesusahannya, melainkan aku akan memberi syafa’at dan menjadi saksinya pada hari Qiyamat.”

-Riwayat Imam Muslim


Apabila saya mengalami sebarang ujian di sini, saya akan teringat pesanan ini dan memujuk diri agar bersabar, dan berharap agar digolongkan di kalangan mereka yang menerima syafa’at kerana sabar.


Hadith Ketiga: Keberkatan dalam makanannya

Dari Umar bin al-Khattab berkata: Ketika harga barangan naik melonjak Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam bersabda: “Bersabarlah wahai penduduk Madinah dan bergembiralah, kerana sesungguhnya aku telah meminta keberkatan untuk sha’ dan mud  kalian, makanlah berjema’ah dan jangan berpisah-pisah, kerana makanan satu orang cukup untuk dua orang, dan makanan dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang, sungguh keberkatan itu berada dalam berjema’ah.”

-Riwayat Imam Muslim


Sememangnya inilah yang saya dan teman-teman sering lakukan, sama ada di bilik kami atau di restoran, dan benarlah kata Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam itu.


Hadith Keempat: Larangan mengancam penduduk Madinah & Balasan mereka yang melakukannya

Dari Said bin Khalad bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam pernah bersabda: “Barangsiapa yang mengancam penduduk Madinah dengan cara aniaya, maka baginya laknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya.”

-Riwayat an Nasai


Kini, nikmatilah beberapa gambar yang dipilih untuk memberi sedikit gambaran bagaimana keadaan dan aktiviti yang saya dan teman-teman lakukan di Madinah🙂

This slideshow requires JavaScript.



Wallaahu a’lam

 
5 Comments

Posted by on 10 June 2011 in Madinah

 

Tags: , , , , , ,

5 responses to “Madinah dan seisinya

  1. AinNurRaudhah

    27 June 2011 at 10:01 pm

    Assalamualaikum saudara,
    Alhamdulillah entry ini membuatkan ana berasa dekat dengan Madinah. Moga-moga Allah Izinkan saudara menulis byk lagi ttg kehidupan orang-orang Saudi di Madinah. Syukran.

     
  2. Abu Raiyan

    28 June 2011 at 3:06 am

    Wa’alaikumussalaam wr.. taqabbalallaah min sholeh-il a’maal. Semoga Allah menerima segala amal saudari dalam ibadah umrahnya tempoh hari. Alhamdulillaah, segala puji hanya bagi Allah. Insya Allah, jika diizinkanNya saya akan cuba menulis lagi.

    Sekiranya saudari teringin nak ubati rindu dengan bacaan imam-imam di mekkah & madinah saudari boleh ke laman Haramain Salaat Recording.

     
  3. AinNurRaudhah

    29 June 2011 at 6:57 am

    Alhamdulillah. Jazakallah.

     
  4. Sha

    3 September 2012 at 3:59 pm

    Assalamualaikum, boleh saya bertanya bagaimana untuk tinggal di Madinah. Kerana saya berfikir untuk menghantar anak lelaki saya belajar disana bila sudah berumur 13 tahun.

    Terima kasih.

     
    • Abu Raiyan

      3 September 2012 at 4:32 pm

      Wa’alaikumussalaam wa rahmatullaah.

      Alhamdulillaah puan ada keinginan murni itu..

      Izinkan saya kongsi sedikit info ye?🙂

      erm sebenarnye di Universiti Islam Madinah ni mereka hanya buka ruang untuk lanjutkan pelajaran bagi pelajar-pelajar foreign ni di peringkat B.a dan seterusnya..iaitu sampai Phd.

      Setahu saye pelajar-pelajar Malaysia yang diterima masuk ke sini paling rendah pun memegang ijazah SPM atau yang setaraf dengannya seperti O-level (Cambridge).

      Sekiranya puan ada keinginan untuk menghantarkan anak puan, sebaiknya dia mengambil peperiksaan SPM dahulu.

      dan..kalau tempat pengajian lain di Madinah ni saye kurang pasti..🙂

      Puan boleh ke laman rasmi Universiti Islam Madinah untuk maklumat lanjut di pautan berikut:

      http://admission.iu.edu.sa/Default.aspx

      Wallaahu a’lam.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: