RSS

Mendoakan orang lain semasa ketiadaannya

29 May



بسم الله الرحمن الرحيم




قَالَتْ أمّ الدرداء عن أبي الدرداء: إِنَّ النبي صلى الله عليه وسلم كان يقولُ: دعوةُ المرءِ المسلمِ لأخيهِ بِظَهْرِ الغيبِ مستجَابةٌ عند رأسهِ مَلَكٌ موكَّلٌ كلّما دعا لأخيهِ بِخَيْرٍ قَال المَلَكُ الموكَّلُ به آمين ولكَ بِمِثلٍ

رواه الإمام مسلم


Maksudnya: Ummu ad-Darda’ telah berkata dari Abu ad-Darda’: Sesungguhnya Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: “Doa seorang muslim kepada saudara (seislamnya) semasa ketiadaannya adalah mustajab. Terdapat malaikat yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.

-Riwayat Imam Muslim


Membaca hadith ini membuatkan saya teringat kepada perbualan saya dengan seorang sahabat. Saya memberitahunya bahawa sebelum saya menuntut di Madinah saya berasa rugi mendoakan bagi seseorang kebaikan kerana orang itu belum tentu mendoakan saya. Saya juga mahu didoakan! Namun, ternyata sangkaan saya itu tidak tepat.


Guru subjek al-Qur’an saya memberitahu ketika mensyarahkan erti hadith ini bahawa adalah lebih baik (afdhal) jika kita mendoakan saudara kita atau teman-teman kita apabila mereka tiada di hadapan kita, maksudnya apabila kita tidak bertemu bersemuka dengan mereka, berbanding sekiranya kita mendoakan bagi mereka ketika sedang berada bersama mereka.


Alangkah besarnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Dia mengutuskan malaikat yang mendengarkan doa kita agar menyebut amin. Dari itu, janganlah kita berasa lokek dengan ucapan yang baik-baik atau doa kepada saudara kita kerana kita juga mendapat seperti apa yang kita doakan.


“Ya Allah, berkati dan rahmatilah kesemua rakan taulan, guru-guru dan ahli keluarga ku serta sekalian umat Islam. Amin.”


Wallaahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 29 May 2011 in Singapura

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: