RSS

Sifat Hikmah

17 May


بسم الله الرحمن الرحيم


Ilmu itu cahaya



يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

269 سورة البقرة أية



maksudnya:

“Allah menganugerahkan al Hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan as-Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal lah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).”

Surah al-Baqarah ayat 269





Pernah suatu ketika seorang hakim mewasiatkan kepada anaknya : “Setelah pemergianku, hendaklah kamu memakan hanya makanan yang paling lazat, hendaklah kamu tidur hanya di atas tilam yang paling empuk, dan hendaklah kamu hanya memiliki seorang isteri yang paling cantik rupanya.”


Si anak itu tadi telah mewarisi kesemua harta kekayaan ayahnya, dan dia pun dengan penuh taat mencuba sedayanya untuk melaksanakan pesanan-pesanan itu. Namun, dalam masa sebulan dua dia sudah merasakan kesukarannya.


Setiap hari, siang dan malam, dia memakan makanan yang lazat-lazat, tetapi akhirnya dia berasa jemu terhadap makanan yang lazat itu. Kemudian, dia memiliki tempat tidur yang paling bagus, tetapi dia tidak menikmati tidur yang lena. Akhir sekali, hampir setiap minggu dia menikahi seorang wanita kemudian menceraikannya pula kerana terdapat yang lebih cantik.


Si anak itu akhirnya sudah tidak mampu melaksanakan pesanan ayahnya itu. Dia tidak mengerti apa yang diinginkan ayahnya dari permintaan sedemikian rupa. Kemudian dia bertemu dengan seorang yang sangat dipercayainya dan menceritakan segala-galanya.


Orang itu tersenyum lalu berkata: “Kamu telah tersilap erti dari permintaan ayahmu itu. Yang pertama, mengenai memakan makanan yang lazat. Ertinya, hendaklah kamu makan hanya apabila kamu berasa lapar. Orang yang sedang lapar akan sentiasa mendapati makanan yang terhidang dihadapannya itu lazat belaka.


Kedua, mengenai tidur di atas tilam yang empuk. Ertinya, hendaklah kamu tidur hanya pada waktunya iaitu waktu malam. Orang yang siangnya aktif dalam urusan sehariannya akan mendapati nikmatnya tidur pada waktu malam, walaupun tempat tidurnya yang sederhana.


Ketiga, mengenai seorang isteri yang paling cantik. Ertinya, hendaklah kamu menundukkan pandanganmu daripada melihat yang tidak halal dan hanya meletakkan pandanganmu pada isterimu. Nescaya, kamu akan sentiasa mendapati dia yang paling cantik.”


Demikianlah sifat hikmah seorang ayah itu tadi. Sifat ini adalah antara sifat yang harus ada pada seorang pemimpin, pendakwah, pensyarah, pendidik, guru dan lain-lain. Hikmah yang dimaksudkan adalah sifat kebijaksanaan berserta kematangan.


Hikmah merupakan anugerah yang diberi Allah s.w.t. pada hambaNya yang dipilihNya. Namun, seorang itu mampu mendapatkannya dengan menuntut ilmu yang bermanfaat baginya di dunia dan juga akhirat iaitu kefahaman yang baik tentang al-Qur’an dan sunnah.  Ia tidak dianugerahkan hanya dengan berangan-angan dan dambaan kosong semata, tetapi perlu kepada usaha dan kepayahan.


“Ya Allah, Tuhan yang memiliki hikmah, anugerahkanlah aku hikmah. Permudahkan urusanku dalam memahami kalamMu dan sunnah RasulMu. Amin.”


Wallaahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 17 May 2011 in Madinah

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: