RSS

Biar sedikit tetapi berterusan

06 May


بسم الله الرحمن الرحيم





عن عائشةَ رضي الله عنها أَنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يا أيُّها النّاسُ خُذُوا مِن الأعمالِ مَا تُطِيقُونَ ، فإنّ اللهَ لاَ يَمَلُّ حتى تَمَلُّوا ، وإنّ أَحَبَّ الأعمالِ إلى الله ما دام وإِنْ قَلَّ

– متفق عليه



Maksudnya: Dari ‘Aisyah Radhiyallaahu ‘Anha, bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam telah bersabda: Wahai sekalian manusia, lakukanlah dari amal-amal kamu sekadar mana yang kamu mampu (untuk melakukannya) kerana sesungguhnya Allah tidak berasa jemu (terhadap amalan kamu) sehinggalah kamu berasa jemu (melakukannya). Dan sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.”

-Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim



Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar hadith ini sebelum ini. Akan tetapi pernahkah kita mengamalkan apa yang disebutkan Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam itu?


Di sini, saya ingin memberikan saranan. Mulai dari saat ini, kita cuba berusaha menjadi orang yang suka bersedekah. Kita cuba bersedekah setiap hari. Jumlahnya tidak perlu besar. Kita cuba bersedekah satu dolar/satu riyal/satu ringgit/satu pound/satu geneih sehari.


Jumlah yang sekecil $1 itu insya Allah pasti lebih mudah untuk kita amalkan. Cuba kita lakukan sedikit kira-kira. Dalam masa seminggu kita sudah bersedekah sebanyak $7, dan dalam masa sebulan pula lebih kurang $30. Begitu seterusnya setahun, lebih kurang jumlahnya mencapai $364. Kesemuanya bergantung kepada tahap istiqamah kita, tidak ada siapa yang memaksa.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, setiap hari perlu mencari tabung derma?

Tidak semestinya..

Cuba lihat gambar di bawah..

Di atas adalah ‘tabung derma’ saya. Tidak perlu keluarkan duit untuk sediakan tabung sendiri, ye tak? 🙂


Bila tiba masanya nanti bolehlah kita serahkan ke masjid, atau mana-mana badan Islam, atau individu yang kita rasa layak. Kita perlu ingat, duit yang telah kita masukkan ke dalam botol itu dengan niat bersedekah adalah bukan milik kita lagi. Duit sedekah adalah milik Allah s.w.t dan harus disalurkan ke jalanNya.


Ini adalah salah satu cara yang boleh kita amalkan. Biar kecil nilainya. Sekiranya kita bersedekah dengan niat ikhlas ianya menjadi besar disisi Allah s.w.t.

قال الله تعالى: مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

سورة البقرة أية: 261



Maksudnya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”

Surah al-Baqarah, ayat: 261



Apabila kita mampu melakukan sedekah itu secara berterusan bermakna kita telah melakukan apa yang Allah s.w.t redhai dan sukai!


Semoga Allah s.w.t mencatatkan kita dikalangan hamba-hambaNya yang suka bersedekah pada jalanNya, dan menganugerahkan kepada kita keizinan untuk masuk Syurga melalui pintu orang-orang yang bersedekah. Amin.


Wallaahu a’lam

 
Leave a comment

Posted by on 6 May 2011 in Madinah

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: