RSS

Cita-citaku!

16 Apr

بسم الله الرحمن الرحيم

Kamu boleh jika kamu yakin!


سَهْلُ بن سَعْد رضى الله عنه أنّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قال: “فَوَاللهِ لأَن يهديَ اللهُ بك رجلاً واحدًا خيرٌ لكَمِن أن يكونَ لكَ حُمْرُ النَّعَم.”

رواه البخاري و مسلم و أحمد


Maksudnya: Daripada Sahl bin Sa’d Radhiyallaahu ‘Anhu bahawa Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam pernah bersabda: “Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana da’wah) melalui diri mu, (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah.”

Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad


Sejak hari pertama saya mendengar hadith di atas ni, timbul dalam diri saya satu cita-cita iaitu ingin mengajak paling tidak pun seorang non-muslim untuk memeluk agama Islam ini, yang dipilih oleh Allah s.w.t menjadi agama teragung di dunia.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa dibandingkan dengan unta merah? Apa ertinya?


Pada zaman Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam, binatang peliharaan merupakan antara harta yang besar nilainya, terutama unta. Unta Merah adalah jenis unta yang terbaik dan termahal kerana badannya yang tinggi besar. Jadi, untuk mendekatkan pemahaman para sahabat beliau, maka digunakan contoh yang terdekat dengan mereka iaitu unta.


Hatta pada masa kini, seekor unta merah bernilai antara SR7 ribu hingga SR20 ribu. Sekiranya ditukar kepada mata wang dolar Singapura antara SGD2600 hingga SGD7700.


Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam menyebutkan, sekiranya kita dapat mengajak seorang non-muslim memeluk Islam maka perbuatan itu adalah jauh lebih baik daripada kita memiliki beberapa ekor unta merah yang paling mahal harganya.


Sebelum kita menjadi penyebab kepada hidayah orang lain, kita perlu memperbaiki diri kita dengan menimba ilmu kemudian mengamalkannya atas dua syarat utama iaitu ikhlas hanya untuk Allah s.w.t dan menepati syariat yang dibawa Baginda Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam.

Semoga satu hari nanti Allah memberi keizinan itu dan memperkenankan cita-cita saya ini.


Ya Rabb istajib du’aiy..

🙂

Wallaahu a’lam

 
2 Comments

Posted by on 16 April 2011 in Madinah

 

Tags: , , , , ,

2 responses to “Cita-citaku!

  1. Fathiah

    25 April 2011 at 4:51 pm

    WordPress boring .. xde cbox..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: