RSS

Cara para ‘Ulama bergurau

06 Mar

Kisah Pertama:

Suatu ketika seorang penuntut ilmu pernah menaiki sebuah kereta bersama Syeikh al-Albani Rahimahullaah. Syeikh al-Albani lah yang sedang memandu, dan beliau memandu keretanya dengan laju. Anak muridnya  itu tadi pun menegur: “Wahai Syeikh, ini ‘speeding’ namanya dan hukumnya tidak boleh. Syeikh Abdul Aziz bin Baaz mengatakan bahwa ini termasuk meletakkan diri dalam kebinasaan.”


Mendengarkan kata-kata itu, Syeikh al-Albani Rahimahullah tertawa lalu berkata: ”Itu adalah fatwa seseorang yang tidak pernah merasakan nikmatnya memandu kereta!” Anak murid itu berkata: “Syeikh, saya akan sebutkan perkara ini kepada Syeikh ibn Baaz.” Jawab Syeikh al-Albani: ”Tidak mengapa, silalah beritahu..”


Penuntut ilmu itu tadi melanjutkan ceritanya:

Suatu ketika pula saya bertemu dengan Syeikh Abdul Aziz bin Baaz Rahimahullaah di Makkah dan saya menceritakan perbualan saya tempoh hari bersama Syeikh al-Albani Rahimahullaah tersebut kepada beliau. Mendengarkan cerita itu, beliau juga tertawa lalu berkata: “Katakan padanya: itu adalah fatwa seseorang yang belum merasakan nikmatnya kena denda!”.

(Al-Imam Ibnu Baaz,Abdul Aziz as-Shadan hlm.73)

 

Kisah Kedua:

Dalam pelajaran fiqh, ketika membahaskan tentang cacat di dalam pernikahan, seorang murid bertanya kepada Syeikh Ibn ‘Uthaimin Rahimahullah : “Wahai syeikh, bagaimana seandainya ada seorang laki-laki menikah, ternyata setelah itu dia mendapati isterinya tidak mempunyai gigi, bolehkah dia menceraikannya?” . Syeikh Ibn ‘Uthaimin Rahimahullaah menjawab : “Isteri itu adalah istimewa!! Kerana dia tidak mungkin dapat menggigitmu!!”

(Majalah al-Furqon)

 

🙂

 

Wallaahu ‘alam

 
Leave a comment

Posted by on 6 March 2011 in Perkongsian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: