RSS

Irhamni pergi picnic!

02 Mar

 

بسم الله الرحمن الرحيم


 

Pada cuti sekolah  term 3, ayah Irhamni membawa Irhamni sekeluarga ke East Coast Park untuk berkelah. Irhamni lah yang paling riang walaupun belum bersekolah. Dia yang mencadangkan untuk berkelah ke ECP.

Setibanya di sana, ibu Irhamni dan kakak-kakaknya menghidangkan makanan ringan yang dibawa dari rumah. Terdapat sandwich tuna dan egg mayo, dan pizza ‘bite size’. Air minuman pula, air mineral satu botol besar dan beberapa air tin beraneka perisa.


Irhamni: “Yay..nak pizza!”, sambil menerpa dan menyandar di bahu ibunya.


Ibu: “Irhamni nak berape? Makan duduk ye sayang.


Zahra’a: “meh kakak ambilkan..makan satu dulu k.”, sambil menghulurkan pinggan plastik kepadanya.


Irhamni: “nak two, pleeease..one for me, one for ayah.


Yasmin: “Kak, tu alasan dia. Ayah bukan makan pizza sangat.”, melihat Irhamni yang dari tadi tersenyum.


Zahra’a: “Akak tahu..tapi takpe. Nah, ni lagi satu keping. Duduk sini dengan kakak.


Mereka sekeluarga duduk dalam bulatan di atas tikar yang sederhana besar. Makanan pula diletakkan di bahagian tengah tikar itu. Ayah dan ibu Irhamni duduk bersebelahan. Zahra’a, kakak sulungnya, duduk di sebelah kiri ayahnya. Manakala Yasmin pula duduk diantara ibunya dan Zahra’a. Irhamni takut disakat oleh Yasmin sekiranya dia duduk disamping Zahra’a, dan ingin duduk bersama ayahnya.


Irhamni: “hee, thank you. Taknak..nak duduk ngan ayah. Irhamni nak ayah suapkan.


Ayah Irhamni mengambil pinggan dari tangannya dan mempelawa Irhamni duduk di pangkuannya, “Irhamni, duduk sini. Alamak..Irhamni sekarang dah berat. Berapa weight Irhamni?


Irhamni: “eh taklah..Irhamni cuma 3kg je..sebab Irhamni 3 years old. kan ibu?”, menoleh ke arah ibunya.


Ibunya tertawa kecil melihatkan kerenah Irhamni itu yang menisbahkan umurnya dengan berat badan.


Ibu: “Mana boleh 3kg je..dulu Irhamni waktu baru keluar dari perut ibu weightnya 2.2kg. Sekarang Irhamni dah besar, dah boleh berjalan berlari. Ibu rasa Irhamni dah 16kg tau.


Irhamni: “ye ke..?”, masih kebingunan.


Ayah: “Weight kita bukan ikut umur kita. Cam ayah, umur 39 years old..tapi weight 71kg. Irhamni pula, 3 years old dan weight Irhamni 16kg. ah cam tu..


Irhamni: “Ooh..kalau gitu, Irhamni lagi ringan dari ayah lah.”, sambil tertawa.


Ayah:  “Nah..baca bismillaah. Gigit sikit-sikit.


Setelah makan sekeping pizza, Irhamni ternampak beberapa ekor burung gagak hitam di dahan pokok berdekatan mereka bersantai. Burung-burung itu seolah menunggu peluang untuk mendapatkan sedikit makanan mereka.


Irhamni: “Ayah, burung-burung tu Allah yang jadikan ke?


Ayah:  “Ye sayang..Allah yang jadikan burung-burung itu. Semua makhluk ni Allah lah yang jadikan.”(1)


Irhamni: “ooh.  Allah jadikan manusia jugak?


Ayah: “Tadi Irhamni ingat apa yang ibu cakap? Irhamni mase baby-baby, Irhamni ade kat dalam perut ibu. Kakak-kakak pun same juga. Setiap baby Allah jadikan mula-mula dari satu ‘dot’ air. Lepas tu baru jadi segumpal darah macam ni..kecil je.”, sambil memegang jari-jemari Irhamni yang dari tadi masih duduk di pangkuan ayahnya kemudian menutupnya agar tergenggam.

“Lepas tu Allah jadikan darah itu segumpal daging macam tangan ayah ni.” Sambil menggenggamkan tangan. “Daripada daging tu Allah jadikan tulang yang ditutup dengan daging atau isi. Ah tangan Irhamni ni kan ade isi..”, memicit-micit lengan Irhamni sambil tersenyum. “Lastly, Allah bentukkan baby tu jadi boy atau girl. Ada muka, tangan, kaki dan lain-lain.” (2)


Irhamni: “ohh..Allah jadikan manusia..bird..kuda..laut. Laut pun Allah yang jadikan?


Ayah: “Laut pun Allah yang jadikan. Irhamni tahu kenape Allah jadikan semua ciptaan indah ni? Zahra’a dan Yasmin tahu?”, membuka perbincangan ringan.


Irhamni: “sebab Allah nak cam tu..”, loyah buruk.


Yasmin:  “sebagai tanda kekuasaanNya agar manusia fikir.


Zahra’a: “supaya manusia tunduk menyembahNya.


Ayah: “Masya Allah..pandai semua anak-anak ayah. Semua jawapan tu betul. Walaupun yang kecil satu ni loyah buruk.”, memeluk erat anak kecil tu dan mencium kepalanya.

“Semua ciptaan ni tak susah bagi Allah. Allah sebut ‘Kun’ je, terus siap tercipta (3).  Allah boleh jadikan apa sahaja sebab Dia Maha Berkuasa. Ciptaan yang hebat-hebat macam gajah ke..boleh angkat pokok menggunakan belalainya. Atau kuda ke..boleh berlari jarak jauh. Itu semua tanda kekuasaanNya. Orang yang berakal saje yg dapat menilainya kerana semuanya ini tak mungkin terjadi sendiri (4). Allah lah yang menciptakannya . Kemudian setelah manusia tu berfikir, dia harus sedar tujuan Allah ciptakan dirinya, iaitu untuk tunduk menyembahNya kerana Dia lah satu-satunya Tuhan (5). Dia sahaja yang layak disembah (6).”


Irhamni: “Sebab tu kite kena solat kan? Tuari ayah dah ajar sikit-sikit. Irhamni dah tahu solat dah.


Yasmin: “Ye lah..pandai nye adik satu ni. Nak sandwich tuna tak?”, mempelawa Irhamni sekeping roti tuna.


Irhamni: “nak.. em ayah, tadi ayah cakap pasal baby semua datang dari satu ‘dot’ air.. tu air ape? Camne boleh ade ‘dot’ air tu?


Ayah: “errrrmmm..ok, siape nak main air laut?


Mereka tertawa mendengarkan soalan bijak anak kecil itu. Irhamni akhirnya terlupa tentang satu ‘dot’ air kerana sememangnya tidak sabar untuk bermain air laut.


Wallaahu a’lam.

_______________________________________________________


(1)    “Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu.” – Surah Ibrahim, ayat 32.

(2)    “Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.”

– Surah al Mu’minuun, ayat 14.

(3)    “Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: ‘Jadilah!’ maka terjadilah ia.” – Surah Yaasin, ayat 82.

(4)    “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal” – Surah al ‘Imran, ayat 190.

(5)    “Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa.” – Surah an Nisaa’, ayat 171.

(6)    “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” – Surah adz Dzaariyyat, ayat 56.

 
Leave a comment

Posted by on 2 March 2011 in Siri Cerita Irhamni

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: