RSS

Irhamni nak masuk Syurga!

28 Oct

بسم الله الرحمن الرحيم

Irhamni sedang asyik bermain permainan PSP kakak sulungnya sambil terbaring di atas permaidani di ruang tamu. Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi suara loceng di pintu. Ayahnya pulang dari kerja. Dia segera bangun dan bergegas ke arah pintu dengan PSP yang tidak lepas dari genggamannya.


Irhamni: “Ayaaaaaaahh!”


Ayah: “Assalaamu’alaikum..bunayya Irhamni”, sahutnya sambil mengusap kepala anaknya lalu mendukungnya.


Irhamni: “Wa’alaikumussalaam..ayah, ayah..tengok ni..Irhamni dah main game ni sampai level 4 tau. Terror tak?”


Sebentar itu, ibu Irhamni baru keluar dari bilik untuk menyambut kepulangan ayah Irhamni. Melihatkan si ibu yang semakin menghampiri, ayah Irhamni pun berkata..


Ayah: “Level 4? Wah..ni mesti sebab anak ayah kan?”, memberikan senyuman pada ibu Irhamni.


Irhamni: “A’ah anak ayah kan bagus.”


Ayah: “Kalau terror, bagus, rajin, baik..ah anak ayah. Kalau naughty-naughty anak ibu”, sambil tertawa. Irhamni juga turut sama tertawa.


Ibu: “Ah, yeeee..naughty-naughty anak ibu ehh..pandai awak..”


Ayah Irhamni meletakkan Irhamni semula kemudian menyahut salaman dari ibu Irhamni lalu mengucup dahinya.


Ayah: “Hari ni ibu masak ape?”, tanyanya pada ibu Irhamni.


Ibu: “Masak lauk favourite awak dan Irhamni, lauk kurma. Ada goreng nugget juga tu.”


Ayah: “Okay, awak hidangkan dulu nasi kat pinggan. Saya nak bilas badan sikit. Meh Irhamni, nak ikut ayah tak?”


Irhamni: “Gi mane?”


Ayah: “Jom ikut ayah gi toilet. Hari ni ayah nak ajak Irhamni solat sebelah ayah. Irhamni dah nak 3 years old. Kena start belajar solat sikit-sikit.”, jelasnya.


Irhamni: “Ermmm..Irhamni masih kecik..”


Ayah: “3 years old dah besar..dah boleh jadi abang-abang.”


Irhamni: “Em tapi nape kite kena solat?”


Ayah: “Firstly, sebab kite semua muslim. Secondly, ni Irhamni kena ingat sampai bile-bile..Allah saaaaaayang pade muslim yang solat. Bile kite solat sebenarnya kite ade dekat dengan Allah, dan Allah suke pade hambe yang selalu dekat dengan Dia. Siape yang tak solat atau naughty-naughty..nanti Allah tak sayang”. Ayahnya kemudian merendahkan tubuhnya sehingga ke paras muka Irhamni dan melihat tepat ke muka anak kecil itu sambil berkata: “ Irhamni nak tahu kenape kite kena buat Allah suke dan sayang pade kite?”


Irhamni: “Nape?”, jawabnya ringkas kerana ingin terus mendengar ayahnya berbicara.


Ayah: “Kite kena buat Allah sayang pade kite jadi nanti pat akhirat Allah masukkan kite ke dalam syurga. Syurga tu tempat paling best. Irhamni nak  ape pun boleh. Irhamni cume niat je nanti tersedia pat depan Irhamni.” (*)


Irhamni: “Ayah..lau Irhamni nak kuda purple colour pat syurga pun ade?”



Sememangnya warna kegemaran Irhamni adalah warna ungu, dan haiwan kegemarannya pula adalah kuda.


Ayah: “Irhamni..kat syurga ape sahaje yang kite nak boleh dapat. Ade macam-macam bentuk nikmat yang manusia tak pernah rase kat dunia ni.” (**)


Irhamni: “Wah..best nya! Irhamni suke lah syurga. Irhamni nak masuk syurga!”, katanya riang.


Ayah: “Amin..kita masuk syurga satu family k.”


Irhamni dan ayahnya kemudiannya menunaikan solat fardhu Maghrib. Selesai sahaja dari solat Irhamni terus-menerus meminta ayahnya menceritakannya tentang ape yang ada di dalam syurga.

Wallaahu a’lam.


_______________________________________

(*) Surah az-Zukhruf ayat ke 71, maksudnya: “Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.”


(**) Sebuah hadith shohih dari Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘Anhu telah berkata: Rasulullaah Shollallaahu ‘alaihi wa Sallaam pernah bersabda: “Allah berfirman: Aku telah menyediakan (di Syurga) bagi hamba-hambaKu yang Sholeh apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pula pernah terlintas di dalam benak fikiran manusia.

Maka sekiranya kamu mahu maka bacalah ayat (dalam surah as-Sajdah, ayat ke 17, maksudnya): Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (bermacam-macam ni’mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai ganjaran terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”


(Hadith riwayat Imam al-Bukhari, Bab Sifat-sifat Syurga dan telah terciptanya ia.)

 
Leave a comment

Posted by on 28 October 2010 in Siri Cerita Irhamni

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: