RSS

Ihsan terhadap hidupan lain

21 Oct

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 


Tahukah anda?

Pernakah saya memberitahu bahawa saya adalah seorang yang sangat minat pada hidup-hidupan seperti haiwan, ikan dan beberapa jenis serangga?


Tidak kira haiwan apa sekalipun, ikan jenis apa pun, saya memang minat. Cuma minat itu tidaklah hingga mendorong saya untuk ceburi bidang kehaiwanan. Setiap kali saya melihat makhluk selain manusia saya akan kagum. Entah mengapa. Mudah sangat kagum dengan ciptaan Allah s.w.t. yang lain. Mungkin sebab sudah selalu sangat bergaul dengan manusia.


Dahulu saya pernah membela beberapa ekor ikan semasa di bangku sekolah, seperti: polypterus, flowerhorn fish, fighting fish, guppy dan gold fish. Tidak lupa juga, pernah membela dua ekor terrapin.



Ketiga-tiga jenis ikan ini yang paling saya sayang.

 



comel..

 



Dan yang dua jenis ikan ini..hmm ni adalah makanan bagi ikan polypterus & flowerhorn (louhan) 🙂



Tanki akuarium diletakkan di sudut dapur. Setiap kali ke dapur saya pasti “menegur dan berbual” dengan mereka. Apabila saya menghampiri pasti diberikan reaksi ‘riang’. Dari kecil lagi saya yakin binatang-binatang di sekeliling kita ini boleh mengerti, tetapi bukan seperti pengertian seorang insan yang cukup akalnya.

 


Mereka juga mampu mengerti


Mari kita lihat apa yang dikhabarkan di dalam Surah an-Naml..



وَلَقَدْ آَتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman.” (15)


وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ


Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata: “Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.” (16)


وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ


Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). (17)


حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ


Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: “Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (18)


فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ


maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a: “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’matMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh.” (19)


وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ


Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat Hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir? (20)


لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ


Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang.” (21)


فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِنْ سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ


Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan ku bawa kepadamu dari negeri Saba’ suatu berita penting yang diyakini, (22)


إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ


sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. (23)


وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ


Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah Matahari, selain Allah; dan Syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk. (24)

*****


SUBHAANALLAAH..Maha Suci Allah..

Di dalam surah ini, kita boleh lihat terdapat dua kisah yang bersangkutan dengan mukjizat Nabi Sulaiman ‘alaihis-sholaatu was-salaam, iaitu kisah semut dan juga seekor burung bernama Hud-hud.


Kedua-duanya telah disifatkan boleh berkata-kata melalui bahasa mereka, malah mempunyai daya intelek yang cukup tinggi. Melalui mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman ‘alaihis-sholaatu was-salaam maka dapat difahamilah kata-kata ketua semut dan Hud-hud. Begitu pula Hud-hud yang dapat memahami kata-kata beliau apabila bertutur dalam bahasa burung.

 


Cerita Semut


Hmm cakap pasal semut ni. Perkara yang saya gemar lakukan adalah bermain dengan sang semut. Apabila terlihat seekor semut sedang lalu, pasti saya akan meletakkan jari menghadang perjalanan semut itu. Kesian semut yang menjadi mangsa itu. Tercari-cari jalan untuk meneruskan misi. Kadang kala pula, saya akan meletakkannya di lengan dan hanya melihat ia berjalan-jalan merentas bulu roma.


Banyak yang saya pelajari tentang makhluk bernama semut ini. Antara sifat semut adalah ia tidak mudah putus asa. Cuba anda halang perjalanan seekor semut dengan meletakkan jari anda melintang, kemudian jangan digerakkan jari anda sama sekali, secara semula jadi semut itu tidak akan mengambil langkah mudah dengan menaiki jari dihadapannya, tetapi ia akan ke kanan atau kiri untuk mencari jalan keluar. Kalau tidak percaya, cubalah!🙂


Antara lain, semut hanya akan menggigit sekiranya ia rasa dirinya diancam. Ia mempunyai deria rasa yang baik. Ia mampu untuk mengerti anda sedang bermain atau ingin menyakitinya.


Namun, perlu saya ingatkan, jenis semut yang saya maksudkan adalah semut yang biasa kita temui di rumah, dan bukan di hutan rimba atau di mana-mana. Sekiranya anda tercedera apabila bermain dengan semut berpangkat sarjan dari hutan, jangan cari saya..

 


Berlaku Ihsanlah

Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk memberi peringatan bagi diri saya dan juga anda agar berlaku ihsanlah dengan sesama makhluk yang lain, kerana mereka juga mampu mengerti dan memahami walau tidak setanding dengan manusia. Tidak kurang juga mengerti layanan yang baik, atau sebaliknya. Mereka juga tahu erti dikasihi dan dibenci.


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلًوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

سورة الكهف:49

 

Maksudnya: “Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak mengzalimi seorang juapun.”

Surah al-Kahfi: 49


Setiap amal perbuatan kita akan diperhitungkan di akhirat kelak bukan sahaja terhadap manusia, bahkan juga terhadap binatang-binatang dan haiwan-haiwan. Berbahagialah mereka yang berlaku baik terhadap makhluk-makhluk tersebut, dan binasalah mereka yang menganiayanya.


Selamat berlaku ihsan dengan sesama makhluk!🙂


Wallaahu a’lam.

 
Leave a comment

Posted by on 21 October 2010 in Singapura

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: