RSS

High Voltage

10 Oct

 

بسم الله الرحمن الرحيم



Kehidupan di Madinah ini adalah sederhana. Alhamdulillah cukup perbelanjaannya, tempat tinggalnya yang selesa dan sebagainya. Kami tinggal di asrama. Sebilik dimuatkan 4 orang dengan  berbeza-beza kerakyatan.


Langit tidak selalu cerah. Begitu lumrah alam. Demikian pula kehidupan kami di sini. Bukan mudah tinggal sebilik dengan mereka yang berbeza kebudayaannya, cara kehidupannya dan cara mu’amalah sehariannya. Namun, kami pasti akan bersama-sama apabila timbul satu masalah yang menjejas setiap satu dari kami. Kali ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang saya rasa tidak mungkin akan dapat melupakannya.


Pada satu ketika, saya keluar dari bilik untuk pergi ke tandas. Sedang saya lalu di koridor, saya ternampak beberapa pelajar India sedang kecoh di pintu masuk ke kawasan tandas. Semakin saya hampiri kelihatan salah satu paip di situ tercabut kepala pemutarnya, dan air keluar mencurah-curah sehingga mencecah siling dan membasahi lantai.


Dipendekkan cerita, pelbagai usaha telah pun kami lakukan termasuk menghubungi Musyrif Sakan, tetapi tidak berhasil. Saya dan dua orang teman Singapura cuba untuk menghentikan air yang terus-menerus mencurah itu. Kami dapatkan sehelai kain yang dilapikkan dengan plastik.


“Okay, ana tahan lobang atas tu, pastu anta cepat-cepat selitkan kain tu dan ikat.”

“Satu, dua…tiga!”


Saya berjaya menahan air itu keluar dengan telapak tangan walaupun tekanan air itu begitu kuat. Namun, belum sempat teman saya selesai mengikat kain tersebut, saya terpaksa melepaskan tangan saya dari paip itu. Terasa suatu getaran di bahagian lengan.


“Eh..kenape?”

“Ana rasa tangan ana tiba-tiba menggeletar. Macam kena elektrik.”


Kemudian kami dapati, sememangnya apa yang saya alami itu adalah benar. Paip yang bocor itu berhampiran dengan suis-suis lampu, dan air yang keluar mencurah itu, dalam kami tidak sedar, telah terkena juga di bahagian suis-suis tersebut.


Entah mengapa, kami pada ketika itu tidak menghiraukan bahaya itu, dan meneruskan usaha menghentikan kebocoran itu. Malah, seingat saya, kami benar-benar enjoy! Mungkin kerana suka bermain dengan air. Akhirnya kami berjaya menyekat air daripada terus membanjiri kawasan tandas itu. Alhamdulillaah, mujur tiada sesiapa yang tercedera.


Pengalaman sedemikian itu tidak mungkin boleh dialami di tempat lain, atau paling tidak pun di Singapura. Alhamdulillaah..🙂

 
Leave a comment

Posted by on 10 October 2010 in Madinah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: