RSS

Lebih dari sekadar memakai tudung

01 Oct

 

بسم الله الرحمن الرحيم


 

Yasmin, kakak Irhamni yang kedua, sedang berdiri di hadapan meja cermin di bilik ibunya sambil mencuba-cuba melilit kain tudung di kepalanya. Irhamni yang sedang bermain-main dengan ‘Mask Rider’ nya terhenti melihatkan rungutan kakaknya itu di hadapan cermin.


Yasmin: “Tsk..asyik tak kena je..”, katanya seorang diri.

Irhamni: “Kak Min, akak buat ape tu?”

Yasmin: “Akak tengah masak ni..tak nampak?”, menyindir.

Irhamni: “Masak..?”, tanyanya kehairanan.

Yasmin: “Allah..budak kecil ni, time orang busy juga dia nak macam-macam tanye”, meluahkan perasaan geram dihatinya.


Dilihatnya Yasmin yang terus-menerus mencuba melilit kain tudung itu begini dan begitu. Kemudian itu, ibunya masuk ke dalam bilik itu tadi dan melihat anaknya Yasmin sedang menggayakan tudung dikepalanya.


Ibu: “Yasmin, yasmin nak keluar ke?”

Yasmin: “Tak bu, Yasmin nak try-try tudung je..”

Ibu: “Belum pernah ibu nampak Yasmin pakai tudung macam tu sebelum ni?”, tanyanya sambil merebahkan punggungnya di atas katil dan memperhatikan keletah anak perempuannya yang semakin meningkat usianya.

Irhamni: “A’ah lah.. Irhamni pun tak pernah nampak kak Min terbelit sini, terbelit sane”, sampuknya.

Yasmin: “Ewah..Irhamni, gi main mask rider tu. Ibu, sekarang ni ramai orang pakai cam ni. Yasmin pun nak juga pakai lawa-lawa cam tu”, jelasnya kepada Ibunya.

Ibu: “Ooh.. macam mane pakainye? tunjukkan ibu.”


Yasmin mempamerkan kepada ibunya fesyen terkini cara tudung digunakan.



Yasmin: “Lawa tak?”, sambil tersenyum menantikan respon.

Ibu: “Ah lawa masya Allah. Pandai anak ibu bergaye”, sambut ibunya. “Tapi ibu nak cakap sikit, boleh?”

Yasmin: “nape bu?”

Ibu: “Ibu faham anak ibu makin hari makin besar. Pakaian pun lebih selesa ikut citarase sendiri. Ibu tak kesah sangat, selagi aurat anak-anak ibu masih dapat dijage dengan betul”, katanya dengan nada penuh kasih sayang.

“Fesyen zaman sekarang macam-macam bentuk, macam-macam rupe, tapi kite kena ingat tujuan Allah s.w.t perintahkan supaye wanita menutup auratnya dengan baik. Yasmin mesti faham kan maksud ibu?”

Yasmin: “Yasmin faham bu”, jawabnya ringkas.

Irhamni: “Bu..ape maksud ibu?”

Ibunya memangku anak kecil itu lalu mendakapnya sambil berkata, “Allah perintahkan setiap wanita supaye memakai tudung agar terpelihara auratnya daripada pandangan mata lelaki ajnabi. Dan bukan itu saje, agar terhindar juga daripada nafsu liar orang lelaki yang mungkin timbul apabila auratnya tidak ditutup dengan baik.”

Irhamni menoleh ke arah wajah ibunya lalu berkata: “Bu..ajnabi tu ape?”

Ibu: “Ajnabi tu lelaki asing, maksudnya, boy yang tak boleh tengok aurat girl”, katanya memahamkan anak kecil itu.

Yasmin: “Insya Allah bu, Yasmin akan selalu ingat pesan ibu.”

wallaahu a’lam.

 
2 Comments

Posted by on 1 October 2010 in Siri Cerita Irhamni

 

2 responses to “Lebih dari sekadar memakai tudung

  1. Zalora Malaysia Coupon

    1 August 2013 at 1:51 am

    Maaf.. saya terpaksa berterus terang dalam hal ni… tapi walaupun kita tak sependapat… saya hormati pendapat awak… dan awak adalah antara blogger terbaik yg pernah saya jumpa

     
    • Abu Raiyan

      27 August 2013 at 6:27 am

      Terima Kasih kepada saudara/i yg sudi mengunjung ke blog saya. Sekadar bertanya, apakah yg dimaksudkan “tidak sependapat”? Sekiranya ada kesilapan dalam tulisan saya itu harap ditegur..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: