RSS

Irhamni dan ‘aurat’

01 Oct
بسم الله الرحمن الرحيم

Di pasar Geylang..


Irhamni (Anak kecil): “Ayah, ayah..kenape orang tu tak pakai baju, ayah?”, sambil menunjuk ke arah lelaki berperut boncet yang teramat yang hanya mengenakan seluar pendek pada paras atas lutut.

Ayah: “Ohh..orang lelaki tu mungkin orang susah. Dia mungkin takde cukup duit nak beli baju”, jawab sang ayah sambil mengusap kepala anak kecil itu.

Irhamni: “hmmm..dia orang susah?”

Ayah: “ye sayang..cube Irhamni tengok orang tu betul-betul, badan dia ade tande kotor-kotor tu.”, cuba menerangkan keadaan lelaki tersebut yang tidak terurus.

Irhamni: “tapi ayah..kenape perut dia besar? dia pakai duit dia untuk beli makanan banyak-banyak?”


Ayah dan ibu Irhamni serta kakak-kakaknya tertawa besar mendengarkan soalan anak kecil itu.


Zahra’a (Kakak sulong): “Perut Irhamni pun ape kurangnya..boncet tu..tengok sikit..”, sambil mencapai hujung pakaian t-shirt Irhamni.

Irhamni mengelak sambil tersenyum manja, “ala kakak..tapi Irhamni pakai baju. Irhamni tak tunjukkan perut Irhamni pat semua orang.”

Ibu: “a’ah..anak ibu kan pandai, dah tahu aurat semua. Aurat boy dari mane sampai mane?”

Irhamni: “Dari pusat sampai lutut..kan bu?”, meminta kepastian.

Ibu: “Alhamdulillaah..tu untuk boy. Kalau untuk girl pula?”, menguji anak kecil itu.

Irhamni: “Girl…? errmmm..kakak, lau girl punye aurat macam mane?”

Ibunya tersenyum melihat keraguan yang terzahir dari raut wajah anak kecilnya itu.

Zahra’a: “Irhamni tengok kakak. Kakak pakai tutup dari mane sampai mane?”, sengaja tidak mahu memberi jawapan percuma.


Irhamni mula memerhatikan tudung labuh kakaknya, dengan bahagian wajahnya yang rapi dan kemas sehingga tidak kelihatan walau sehelai rambut. Diikuti dengan jubah panjang sehingga ke paras kaki bahagian tumit.


Irhamni: “Ok..Irhamni tahu. Aurat girl kena tutup semua”, memberikan jawapannya kepada ibunya setelah membuat pemerhatian pada kakaknya tadi sambil memegang tangan ibunya itu.

Ibu: “Masya Allah..pandai. Girl kena tutup semua kecuali muke dan kedua tapak tangan”, menghayun perlahan-lahan tangannya yang dipegang erat Irhamni. “Irhamni, tengok tu ada baju melayu warna purple, cantik kan?”


Irhamni sekeluarga meneruskan membeli-belah berbelanja untuk persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

🙂

 
Leave a comment

Posted by on 1 October 2010 in Siri Cerita Irhamni

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: