RSS

Di kemeriahan Syawal

01 Oct

 

بسم الله الرحمن الرحيم



Yasmin dan rakan-rakan sedarjahnya seronok berjalan raya, saling kunjung-mengunjung dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Irhamni telah dibawa sama oleh kakaknya, Yasmin, dek popular di kalangan rakan-rakan Yasmin. Dia seorang sahaja ‘putera’ yang berada di antara puteri-puteri itu.

Ketika berada di rumah Irhamni, jam menunjukkan sudah masuknya waktu solat zohor..


Zubaidah: “Sekarang dah masuk time solat zohor.”


Yasmin: “A’ah lah..kite bagi-bagi ah. Half solat pat sini, lagi half solat pat next house.”


Rasyidah: “Ah boleh, boleh..jadi dapat jage mase.”


Yasmin kemudian memberitahu ibunya bahawa mereka ingin menumpang solat. Sejuk hati ibunya apabila melihatkan keprihatinan Yasmin dan rakan-rakannya tentang solat. Ibunya memberi izin lalu menyiapkan sejadah-sejadah di sudut ruang tamu.

Sementara menunggu sebahagian mereka siap berwudhu’ Amirah, rakan Yasmin, mula untuk mengusik anak kecil itu,Irhamni..


Amirah: “Irhamni, Irhamni..nanti Irhamni jadi imam okay?”, katanya dengan nada separuh serius.


Irhamni: “Em kenape?”, jawabnya malu-malu.


Amirah: “Irhamni kan boy, nanti dah besar Irhamni kena imamkan family Irhamni.”


Irhamni: “Tapi Irhamni belum besar lagi.”


Yasmin: “A’ah dia belum besar lagi lah Mirah, perut dia je yang besar.”, katanya menyakat.


Mereka tertawa mendengarkan kata-kata itu. Irhamni yang masih lagi malu itu seakan tidak menghiraukan tawaan mereka itu, dan mula berfikir apakah yang harus dijawabnya,“Ala..Irhamni tak nak ade family la. Jadi tak payah jadi imam.” Katanya selamba

.

Amirah: “waaahh..betul ke ni? Dah macam abang-abang lah Irhamni ni. Irhamni jangan takut okay, kak Mirah kacau-kacau je.”


Irhamni hanya tersenyum mendengarkan ayat terakhir Amirah itu lalu berlari ke arah ibunya yang sedang duduk di kerusi berhampiran dan menyandar di kaki ibunya.

Zainab yang baru selesai mengambil wudhu’ memerhatikan sudut yang dibentangkan sejadah-sejadah itu. Dia tidak menemukan sebarang kain telekung..


Zainab: “Cik, tumpang tanye..cik ade telekung extra?”, katanya dengan nada penuh hormat.


Ibu: “Cik rase Zainab dengan kawan-kawan tak perlu solat pakai telekung.”, jawabnya ringkas.


Zainab: “Oh..kita semua boleh solat pakai tudung ni?”, tanyanya kerana masih ragu.


Ibu: “Boleh..kenape pula tak boleh?”, sambil tersenyum.


Yasmin dan rakan-rakan yang lain kesemuanya mendengarkan apa yang diperkatakan ibu Yasmin. Irhamni juga turut sama mendengar sambil bermain-main dengan jari-jemari ibunya, tetapi hari ini tidak banyak bertanya kerana segan ramai kakak-kakak puteri.


Zainab: “Em macam tak biase cik..rase cam tak cover aurat betul-betul.”


Mendengarkan jawapan Zainab itu, ibu Yasmin sambil tersenyum mengajukan soalan kepadanya, “Em okay, cik faham maksud Zainab, tapi cik nak tanye ni..sekarang ni Zainab pakai tudung ni auratnya sudah terjage ke belum?”


Zainab: “em dah..dah terjage.”


Ibu: “Ah..kalau dah dapat jage aurat boleh lah solat langsung, tak perlu bertelekung. Kalau Zainab kate rase macam tak cover aurat betul-betul habes macam mane pula auratnye bile berjalan tadi? Zainab berjalan dengan keadaan aurat tidak terjage ke? Ade beza ke aurat di luar dan di dalam solat yang perlu dijage?”, katanya dengan senyuman penuh kasih sayang.


Zainab: “Oh..a’ah eh. Ye tak ye..Nab tak terfikir. Nab biase solat pakai telekung sebab labuh dan warna putih.”


Ibu: “Em cik puji Zainab nak jage kesempurnaan solat, dalam mase yang same, Zainab kena faham tujuan kita pakai telekung iaitu menutup aurat dengan baik. Kita bertudung pun tujuan asalnya supaye dapat menutup aurat dengan baik. Fungsinya sama. Selagi aurat kita dapat dijage, tudung dan pakaian kita bersih, walaupun berwarna-warni, maka boleh kita solat langsung. Tapi kalau pat rumah ketika Zainab memakai baju basahan, maka itu perlu bertelekung bila nak solat.”


Zainab: “Masya Allah..terima kasih cik. Kat sekolah ustazah kurang beri penekanan ni.”


Zubaidah: “A’ah cik, saye pun sebelum ni kalau berjalan ke mane-mane nak solat mesti cari telekung bile singgah di masjid.”


Ibu: “Cik rase ustazah ade sebut cume mungkin ade yang lupe.”


Yasmin: “Mungkin juga Bu..”


Rasyidah: “Sebab tu sebaiknye pakai wrist band juga kan cik bile keluar berjalan?”


Ibu: “Sebaik-baiknye pakai..kadang kita tak perasan lengan baju kita terselak. Kalau ade wrist band dapat jage aurat di bahagian tangan tu.”


Amirah: “Sekarang ni kita dah tahu, jadi next house kita solat tak perlu tercari-cari telekung. Dah ade wudhu’ boleh terus solat. Save time!”, selorohnya.


Ibu: “Cik syukur dapat beri sedikit ape yang cik tahu.”, sambil mengangkat Irhamni, yang dari tadi duduk di atas lantai sambil menyandar di kakinya, ke atas pangkunya. “Okay, siape yang dah sedia nak solat, dah boleh solat. Cik dah solat tadi.”


Sebahagian mereka menunaikan solat zohor dan sebahagian lainnya sambung berbual-bual dengan ibu Yasmin.


Wallaahu a’lam.🙂

 
Leave a comment

Posted by on 1 October 2010 in Siri Cerita Irhamni

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: