RSS

Nikah?

07 Aug

 

Saya memegang suratkhabar Berita Harian bertarikh 7 Ogos dan membaca headline sahaja. Rasa malas tiba-tiba menyelubungi diri apabila melihat muka depan “Courts Mega Raya Sale”. Promosi yang diletakkan agak keterlaluan.

 

Okay, next page.

 

Setelah membelek-belek muka surat berikutnya saya kemudian memerhatikan, pada awalan muka suratkhabar itu mengandungi beberapa kesah kejayaan anak-anak melayu/Islam Singapura. Alhamdulillaah bagus lah..hati saya bersuara. Kemudian, dalam kebanyakan kesah itu, saya amat tertarik dengan salah satu daripadanya dengan tajuk utamanya ‘Prestasi tambah baik selepas berumah tangga’.

 

Hmmm..saya tersenyum lebar, ini mesti baca! lalu membaca kesah itu dengan tekun dan khusyuknya. Seorang mahasiswa NTU (Nanyang Technological University) yang bernikah dengan kekasih hatinya ketika berada di tahun kedua universiti. Keputusannya semakin cemerlang. Beliau mengakui terdapat cabaran dalam mengimbangi pelajaran dan menyesuaikan diri dengan keluarga baru. Namun, itu tidak menghambat kecemerlangan dalam setiap matapelajarannya. Selesai dari membaca berita, saya pun terfikir..masya Allah lah orang ini.

 

Tiba-tiba terngiang di minda perbualan saya dan beberapa orang rakan ketika berkunjung ke rumah Ustaz Kamal Mokhtar tempoh hari. Ustaz memberitahu kami bahawa rakan-rakan Singapura beliau yang sudah berumah tangga semasa menuntut di Universiti Islam Madinah kesemuanya tiada yang gagal dan kecundang.

 

“Jadi, kalau ada di antara antum yang rasa ready..then go ahead. Cabaran memang ada, tapi itu lah..kena betul-betul ready”, pesan Ustaz sambil tersenyum.

 

Ah tengok itu, mungkin ada yang sudah menyangka yang saya teringin juga menikah semasa belajar..ish.

 

Kalau saya katakan tidak, mungkin saya berbohong. Ya, memang keinginan itu ada, tapi saya tahu tahap kemampuan diri ini. Apabila saya mengutarakan soal ini, jujur saya katakan, bukan tujuan saya untuk mengumpul bahan bukti bahawa bernikah ketika masih menuntut di universiti itu tidak mengganggu pelajaran. Cuma sekadar ingin belajar dari pengalaman orang lain.

 

Ramai dari kalangan teman-teman seperjuangan di universiti yang sudah bernikah. Ada yang lebih tua dari saya, ada yang sebaya, dan insya Allah akan datang ada yang lebih muda! Manakan tidak saya terfikir soal ini, ye tak?

 

Bagi saya, sekiranya ada di kalangan mereka yang sudah bernikah itu ada berhadapan dengan dugaan di hari muka sehingga keluar dari bibir mereka kekata untuk berhenti dari pengajian, sekurang-kurangnya saya boleh berusaha membantu mereka untuk tidak mengambil langkah itu.

 

Peluang menuntut di Universiti Islam Madinah bukanlah suatu yang dapat dinikmati oleh semua orang. Hanya segelintir yang diterima masuk daripada ribuan orang yang menghantarkan permohonan mereka setiap tahun.

 

Saya pula bagaimana?

 

Oh itu, rasanya..saya merancang untuk menamatkan dahulu pengajian saya di univer..bla, bla, bla…(keyboard ini menghalang saya bercerita panjang topik itu).

 

Sebuah hadith yang tidak asing lagi.

Nabi Shollallaahu ‘alaihi wa Sallaam bersabda: “Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk menikah, maka nikahlah, kerana sesungguhnya (menikah) lebih menundukkan pandangan dan lebih membentengi kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan dirinya.”

-Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Nasa’i, Abu Daud dan Ahmad.

 

Akhir sekali, saya memetik kekata atau pesanan Ustaz Hasrizal Abu Saif dalam soal perkahwinan:

 

Jangan tergesa-gesa, dan jangan bertangguh-tangguh.”

 
2 Comments

Posted by on 7 August 2010 in Singapura

 

Tags:

2 responses to “Nikah?

  1. najm

    11 August 2010 at 7:32 pm

    univer..?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: