RSS

Kesempatan dalam kesempitan

06 Aug

 

 

Sepanjang cuti musim panas ini saya memang tidak reti untuk duduk rumah. Maklumlah, mungkin sudah terbiasa di Madinah. Daripada masa lapang terbazir begitu sahaja, saya cuba untuk memanfaatkan waktu dengan keluar bersama teman-teman. Yelah, mengeratkan silatur rahmi. Kadang-kala, pada hari-hari tertentu, saya diminta untuk menggantikan kelas di Safinah Institute.

 

Kelas yang diminta mengajar adalah dari kalangan mereka yang berusia awal 20 an. Saya berasa kekok kerana itulah kali pertama saya mengajar mereka yang berumur sebaya. Subjek sirah merupakan subjek yang saya minati. Dalam kekekokan itu, terselit rasa tidak sabar.

 

Setelah selesai topik yang disuruh mengajar saya membuka ruang perbincangan agar kelas itu tidak berterusan menjadi kuliah subuh jam 9 malam. “Why do we learn seerah?”, saya menunggu respon.

Ada seorang mengangkat tangan kemudian menjawab: “actually to know the journey of the Prophet Muhammad’s life.”

“Okay, correct. Other than that?”

“So that we could inculcate the love for him in our daily life.”

“Yup..betul. Selain itu?”, saya sengaja mahu mereka berikan pelbagai jawapan dan tiada yang saya salahkan.

 

Hakikatnya, jawapan mereka sememangnya semua betul. Akhirnya, saya mengutarakan satu iaitu supaya dapat kita terapkan pelajaran dan contoh tauladan yang lampau itu pada realiti hari ini. Contohnya, pada peristiwa kaum Muslim berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Hijrah pertama ke Habsyah itu jumlah kaum Muslim amatlah sedikit – 12 lelaki dan 4 wanita. Namun, hijrah kedua pula jumlahnya sudah bertambah kepada 83 lelaki dan 18 wanita.

 

Nah, bagaimana jumlah itu meningkat berganda-ganda sedangkan hijrah pertama dan kedua ke Habsyah itu berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun ke 5 selepas kenabian, dan jarak masa antara keduanya hanyalah beberapa bulan?

 

Pada masa itu, jumlah kaum Muslim naik berganda kerana beberapa sebab, dan syahid pada contoh saya itu adalah kerana orang kafir Quraisy ada sebilangan mereka yang terfikir sejenak melihatkan keadaan kaum Muslim yang diseksa. Mengapakah mereka begitu yakin dan tetap dengan agama Islam? Hingga sanggup mengorbankan nyawa daripada mengorbankan Tauhid. Disini datanglah hidayah Allah s.w.t. pada sebilangan kafir Quraisy pada ketika itu. Islam adalah agama yang benar.

 

Keadaan kaum Muslim yang rela diseksa dari kembali kepada agama asal itu membuatkan sebilangan kafir Quraisy lebih tertarik pada Islam.

 

Kemudian saya kaitkan dengan apa yang terjadi pada insiden 9/11. Sejak peristiwa yang tidak diingini untuk berlaku lagi itu, jumlah Muslim sedunia semakin meningkat. Mengapa? Sememangnya budaya di barat dan eropah. Mereka gemar melakukan kajian dari pelbagai bahan bacaan untuk mengenyangkan minda yang sentiasa terangsang untuk tahu lebih mendalam tentang suatu perkara yang tidak mereka ketahui sebelumnya. Mereka temui indahnya Islam.

 

Kadanga-kala kita perlu mengambil kesempatan dalam kesempitan. Ini adalah salah satu cara untuk kita lihat hikmah dari peristiwa ngeri itu. Nama Islam yang jernih mungkin kelihatan tercemar. Namun pada hakikatnya, Islam lebih difahami dengan baik disebabkan peristiwa itu. Mungkin sebelum itu, mereka tidak mengambil endah tentang ajaran Islam. Setelah itu, barulah mereka menemukan mutiara yang selama ini dikaburi debu tohmahan yang kononnya Islam adalah agama keganasan.

Setelah saya menerangkan, barulah ada yang mula selesa dengan saya. Sayang seribu kali sayang, masa mencemburui kami. ‘Ala kulli haal..saya bersyukur kerana dapat peluang berkongsi sedikit daripada Sirah Nabawiyyah yang indah lagi mempesonakan bagi mereka yang ingin mengenal seorang rasul utusan Allah yang bernama Muhammad, ‘Alaihi afdholus-Sholaati wa atammut-Tasleem.

 
Leave a comment

Posted by on 6 August 2010 in Singapura

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: