RSS

Wudhu': Mist Sprayer

07 Oct


بسم الله الرحمن الرحيم






Di Singapura, jarang sekali saya melalui kehidupan dengan bekalan air yang terputus. Bahkan, kali terakhir saya ingat pernah merasai keadaan itu ketika saya berusia 8/9 tahun. Pada masa itu saya menetap di Bedok North Street 3.

Kini di Madinah, hampir setiap bulan saya dan kawan-kawan menghadapi masalah terputus bekalan air di asrama kami. Kadang sehari, dan kadang pula hampir genap seminggu. Benar-benar terasa kesusahan hidup. Perkara semudah ingin membasuh tangan selepas makan menjadi rumit. Saya bukan mengeluh, bahkan bersyukur kerana diuji sebegini. Saya lebih menghargai nilai air setitik.




Yang peliknya, fenomena bekalan air terputus ini tidak berlaku pada setiap bangunan asrama secara serentak. Kadang blok 1 dan 2 tidak ada bekalan air, tetapi blok 3-15 terdapat bekalan air. Kadang pula, blok 3-8 tidak ada air, tetapi blok 1, 2, 9-15 ada air. Jadi, saya terpaksa berjalan ke blok bersebelahan untuk qadha’ hajat, sama ada yang kecil atau besar.




Ketika ingin mengambil wudhu’ saya terpaksa menggunakan air minum dari botol 6 galon yang diletak di bilik. Bila saya buat kira-kira, setiap kali mengambil wudhu’ saya menggunakan seperempat air dari botol 500ml. Lebih kurang letaklah 125ml. Itu pun saya ambil yang wajib sahaja sebanyak satu kali: muka, tangan (hingga siku), kepala (termasuk telinga) dan kaki (sampai atas buku lali). Dalam sehari saya menggunakan air untuk mengambil wudhu’ lebih kurang sebanyak 500ml.

Kemudian terlintas di kepala, 500ml itu saya tuangkan ke tangan untuk membasuh, tetapi berapa banyakkah sebenarnya yang betul-betul digunakan? kerana setiap kali saya tuang, 5-10% air (mungkin lebih!) yang ditadah itu tertumpah ke lantai! Anda faham maksud saya? Bermakna saya menggunakan lebih kurang hanya 60% dari 125ml air itu. Bayangkan, setiap kali berwudhu’ 50ml terbuang tidak digunakan. Dalam sehari mengambil wudhu’ berapa mililiter air yang terbuang ye??

Nilai setitis air bersih itu mungkin saya tidak begitu hiraukan di Singapura.


Sedikit dan Sempurna

Baru-baru ini saya terbaca di facebook sedutan dari tazkirah Ustaz Nik Aziz Nik Mat :

“Ambil wudhu’ tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna.”


Sememangnya itulah yang diajarkan Baginda Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh seorang sahabat bernama Anas bin Malik Radhiyallaahu ‘anhu, katanya: Adalah Rasulullaah ketika berwudhu’  beliau menggunakan air satu mud dan mandi menggunakan air satu sha’  (menyamai) lima mud.”

- Riwayat Imam Bukhari & Muslim



Satu mud itu menyamai satu telapak tangan orang dewasa. Ketika membaca hadith ini, saya membandingkan kadar air yang disebutkan sahabat itu tadi dengan kadar air yang saya gunakan mengambil wudhu’ pada tiap-tiap hari selama lebih kurang 20 tahun..subhanallaah..terasa diri jauh sangat dari mengikuti sunnahnya Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam. Belum lagi cara istinjak, apatah lagi mandi.


Main spray-spray!

Kesemua apa yang tertulis diatas ini memberi saya idea tentang cara untuk menggunakan air secara optimum. Mungkin ini antara cara terbaik iaitu ‘Mist Sprayer’.

Secara kebetulan pada cuti musim panas yang lalu, saya membeli sebotol spray ini. Ada yang menggunakannya untuk minyak wangi. Saya menggunakannya untuk mengambil wudhu’. Walaupun agak leceh, tetapi hati tenang dan mata pun sedap memandang kerana kadar air yang digunakan AMAT lah sedikit, dan dapat menyempurnakan wudhu’ dengan baik.

Botol yang saya beli itu boleh diisi sebanyak 70ml. Selesai mengambil wudhu’ saya tidak dapat melihat perbezaan yang ketara pada ukuran air dalam botol itu. ;)


Antara perkara yang timbul di benak fikiran adalah penggunaan air secara berlebihan dan pembaziran air di masjid-masjid, tidak kira di benua mana pun jua. Alangkah baiknya sekiranya kepala paip-paip di tempat  mengambil wudhu’ dapat digantikan dengan jenis semburan ‘mist’ kerana ianya lebih menjimatkan. Belum try belum tahu! :D

Jadi..bak kata pak-pak arab..


لا تسرفوا في الماء

Jangan kalian membazirkan air!



Wallaahu a’lam.

 
7 Comments

Posted by on 7 October 2011 in Madinah

 

Tags: , , , , , , , ,

7 responses to “Wudhu': Mist Sprayer

  1. theorangescooter

    30 October 2011 at 12:02 am

    syukran umar kerana menulis post ni! insyaAllah nk cuba mengambil wudhu’ pakai spray2 je lepas ni :D – nurfarahin md amin

     
  2. Abu Raiyan

    4 November 2011 at 3:50 am

    Sama-sama :)

     
  3. aizul

    24 May 2012 at 1:51 pm

    saya juga berpendapat botol wuduk spray ini boleh menjimatkan penggunaan air ketika ambil wuduk.

     
  4. zaini azuwan bin haji baseri

    13 August 2012 at 11:57 pm

    alhamdulillah sy mendpt info yg terbaik..

     
    • Abu Raiyan

      14 August 2012 at 12:19 am

      Alhamdulillaah saudara dapat mengambil manfaat. :)

       
  5. Anonymous

    2 July 2014 at 8:40 pm

    Salam, Abu Raiyan.. Saya juga berpendapat sebegitu dalam wudu’.. tetapi adakah penggunaan spray digunakan pada apa-apa situasi sahaja?

     
    • Abu Raiyan

      2 July 2014 at 9:03 pm

      wsalam. boleh saja dalam apa jua situasi. asalkan anggotanya sempurna dibasuh.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: